Pelakon penuh kontroversi, Iqram Dinzly baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan mengenai isu golongan ‘pelangi’ ataupun LGBTQ yang didakwa ditindas di Malaysia.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story itu, Iqram dilihat mempertikaikan isu tersebut dan menggelarkan individu yang berharap agar golongan LGBTQ ini dibenarkan di Malaysia sebagai ‘bebal’.
Iqram juga memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk menghina tetapi menganggap kenyataan individu itu sebagai berlebihan kerana menganggap Islam sebagai tidak bertamadun.
Aku bukan nak menghina sesiapa. Tetapi kenyataan dia yang menyatakan Islam nampak tiada bertamadun disebabkan tidak menerima golongan LGBT tu macam nak mengundang bala.
Tambahnya lagi, jika seseorang itu ingin mengamalkan gaya hidup LGBTQ, mereka boleh berhijrah ke negara lain seperti Australia kerana di sana tidak mendapat tentangan seperti di Malaysia.
Buatlah diam-diam tanpa kau rasa kau berhak bersuara. Pindah ke Aussy untuk hidup bebas bersama.
Dia juga sempat memberi nasihat kepada golongan tersebut agar kembali ke pangkal jalan dan mengikuti ajaran Al-Quran dan sunnah sebelum menyesal di kemudian hari.
“Dan jangan simply said apa yang sesuka rasa. Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah sebelum hidup sia-sia dimamah.” tulisnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.