“Nak Tolong, Tolong Terus” – Naim Daniel Selar Menteri Buat Majlis Pelancaran Bantu Mangsa Banjir

Hiburan

“Nak Tolong, Tolong Terus” – Naim Daniel Selar Menteri Buat Majlis Pelancaran Bantu Mangsa Banjir

Dikenali juga sebagai salah seorang selebriti yang berani meluahkan pandangan serta menyuarakan sesuatu perkara di media sosial, Naim Daniel kali ini sekali lagi memuat naik satu ciapan memerli pihak kerajaan.

Melalui tweet yang dibuat di platform Twitternya itu, Naim menyelar tindakan kerajaan membuat majlis pelancaran untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Advertisement

Pandangannya itu dilakukan susulan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail melancarkan Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk negeri Kelantan dan Terengganu, semalam.

Menurut pelakon terbabit, pelancaran tersebut sememangnya satu pembaziran dan lebih jika ia disalurkan terus kepada mangsa banjir yang ketika ini lebih memerlukan bantuan dengan segera.

Bukan saja Naim, malah ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan Menteri terbabit melakukan majlis hanya untuk melancarkan bantuan buat mangsa banjir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

konflik puteri sarah, syamsul yusof, ira kazar
2 years ago

"Dua-Dua Toksik, Hipokrit" - Dakwa Kebenaran Akan Terbukti, Puteri Sarah Bagi 'Hint' Syamsul, Ira Dah Nikah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...