Hujung minggu lalu, tular rakaman mempamerkan kemalangan sukan luncur udara (paramotor) yang telah meragut satu nyawa di Pantai Irama, Bachok.
Kejadian itu berlaku pada jam 6.41 petang dan kedua-dua pengemudi berusia 77 tahun itu dan mangsa merupakan rakan baik sejak 20 tahun lalu.
Menerusi TikTok, pengemudi tersebut tampil menceritakan perkara sebenar sebelum dan ketika insiden terjunam ke dalam laut itu berlaku.
Katanya, dia memanggil mangsa untuk test kipas baru yang dipasang pada luncur udara tersebut dan perancangan sebenar adalah untuk meluncur selama 5 minit sahaja.
Sentuh bahu bagitahu emergency
Namun, dalam tempoh 3 minit di udara dia dapati kipas tersebut tidak boleh meluncur lebih lama/jauh lalu mereka membuat keputusan untuk mendarat tetapi kerana terlalu ramai orang, dia terpaksa membuat satu lagi pusingan.
Tempat saya nak turun tu (saya) tengok orang ramai. Jadi kalau turun juga, saya fikir mesti langgar orang.”
Selepas beberapa ketika, dia sempat menyentuh bahu mangsa dan memberitahu mereka dalam situasi kecemasan dan perlu dalam bersiap sedia.
Dia juga berpesan kepada rakannya itu jika mereka jatuh ke dalam air perkara pertama perlu dilakukan adalah membuka tali pinggang.
Selepas 5 minit terjunam ke dalam air dia perasan mangsa masih belum timbul di permukaan dan lebih memburukkan keadaan apabila ombak ketika itu kuat. Tambahnya, tali pinggang di bahagian bawah tidak boleh dibuka dan ia membuatkan mangsa tenggelam.
@syarul_dizon Replying to @princess ? original sound – Beyruelz
Penyelamat tak faham
Apabila tiba penyelamat, berlaku salah faham kerana katanya, mereka tidak memahami percakapannya dan tidak tahu bahawa ada seorang lagi mangsa yang tenggelam.
Penyelamat 3 orang sampai, mungkin mereka tak faham saya cakap. ‘Tolong dia (mangsa) dulu, saya tak ada masalah, saya tak lemas’….
….Dia (penyelamat) tak faham, dia tarik saya dan kata ‘pakcik dengar arahan saya’.”
Apabila tiba di pantai, dia berkeras untuk ke laut semula kerana mahu menyelamatkan rakannya dan ketika itulah baru penyelamat tahu ada seorang lagi mangsa.
Mereka kemudian kembali ke laut semula dan dia sendiri yang membuka tali pinggang di bahagian bahu mangsa namun ketika itu semuanya sudah terlambat.
Meskipun terkilan kerana berlaku kejadian itu dengan penyelamat, dia redha kerana sudah ajal rakannya namun akui sukar tidur kerana terfikir tentang kejadian tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.