“Nak Tengok Muka Saja..” – Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan

Kehidupan

“Nak Tengok Muka Saja..” – Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan

Baru-baru ini, seorang pemandu e-hailing di Kuching, Sarawak dipercayai cuba untuk melakukan gangguan seksual terhadap penumpangnya yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan memintanya untuk membuka tudung ketika dalam perjalanan menghantarnya ke rumah.

Memetik laporan Berita Harian, video yang dirakam oleh mangsa yang duduk di bahagian belakang dan pemandu terbabit kedengaran jelas meminta mangsa membuka tudungnya.

Advertisement

pemandu e-hailing lelaki

Nak tengok muka

Apabila remaja perempuan bertanya untuk apa, lelaki terbabit berkata hanya untuk melihat muka.

Walau bagaimanapun, remaja tersebut enggan sambil memberitahu tidak boleh mendedahkan aurat.

Difahamkan, lelaki terbabit berjaya ditahan oleh keluarga remaja berkenaan di satu lokasi yang tidak dikenal pasti.

Ketika ditanya oleh bapa remaja itu tentang motif dia meminta mangsa membuka tudung, lelaki terbabit seolah-olah tidak rasa bersalah malah mengugut akan menyaman mereka yang merakam video keretanya.

Aku nak nangga muka ajak, salahkah? (Saya hendak melihat mukanya sahaja, salahkah?)

Nancy Shukri minta wanita jangan berdiam diri jika diganggu

Mengulas perkara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memuji tindakan berani remaja terbabit mendedahkan perbuatan lelaki itu.

nancy shukriSumber : eCentral  

Saya meminta semua pihak untuk berani bersuara menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah dan keselamatan masyarakat.

 

Kepada remaja di luar sana, jangan berdiam diri anda berhak untuk bertindak demi keselamatan dan maruah diri dan pada masa yang sama, saya komited untuk memperkasa keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual.

Gangguan seksual bukan isu kecil

Nancy berkata, tindakan tegas bapa mangsa yang menggesa lelaki terbabit ke balai polis untuk membuat laporan mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu gangguan seksual yang tidak boleh dipandang ringan.

Saya difahamkan bahawa kes ini kini berada di bawah siasatan pihak polis. Apabila berlaku kes gangguan seksual, masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk bertindak dengan adil dan segera.

 

Saya juga mengajak semua wanita, lelaki, ibu bapa, pendidik dan rakan sekerja untuk bersama-sama membina persekitaran yang lebih selamat dan bermaruah, dengan berani bersuara apabila berdepan atau menyaksikan sebarang bentuk gangguan seksual, khususnya dalam usaha melindungi kanak-kanak dan wanita.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

2 weeks ago

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E-Hailing, Marah Kerana 'Book Ride' Untuk Pekerja Warga Asing - "Dia Rampas Phone Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...