Sungguh menyayat hati melihat seorang ibu bersama anak perempuannya sanggup berjalan kaki kira-kira lapan jam dari sebuah stesen minyak di Shah Alam hendak pulang ke rumah mereka di Bandar Putera Klang akibat kenderaan rosak dan cuba untuk meredah banjir serta hujan lebat.
Menurut Hayati Halim yang merupakan seorang jururawat, dia bersama anaknya pulang dari kampung terletak di Bagan Serai, Perak selepas jirannya menghubungi beliau memberitahu rumah sudah dinaiki air sehingga paras dada.
Saya hendak tengok dahulu apa keadaan di rumah dan sedang menunggu bot. Nak tengok apa yang boleh diselamatkan.
Difahamkan, wanita berusia 44 tahun ini ditemani anak perempuannya berumur 16 tahun, manakala suami dan seorang lagi anaknya menguruskan kereta mereka.
Pihak Harian Metro yang sedang dalam perjalanan pulang selepas membuat liputan serta tinjauan keadaan banjir disana menemui Hayati di tepi jalan sekitar jam 1 pagi.
Dalam pada itu, turut kelihatan beberapa buah kenderaan ringan berpatah balik kecuali penunggang motosikal yang terpaksa menolak motosikal masing-masing.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.