“Nak Tegur Boleh, Tapi Jangan Sentuh Mak Bapak Saya” – Liyana Jasmay

Hiburan

“Nak Tegur Boleh, Tapi Jangan Sentuh Mak Bapak Saya” – Liyana Jasmay

Selebriti popular, Liyana Jasmay berlapang dada menerima teguran pendakwah bebas, PU Syed yang menegur penampilan seksinya kononnya menjurus ke arah keburukan.

Menurut Liyana, 37, dia tidak mudah melatah kerana sudah terbiasa dengan lumrah sebagai anak seni.

Advertisement

Apa sahaja komen yang baik atau buruk, saya terima dengan hati terbuka.

Tidak pernah terdetik rasa marah atau sakit hati. Saya terima segala teguran. Semoga doa yang bagus akan berbalik semula kepada saya serta mereka yang mendoakan.

Pelantun Aku Tak Percaya Cinta itu menegaskan selagi kritikan tidak melibatkan ibu bapanya, dia akan sentiasa memaafkan sesiapa sahaja.

Yang bercakap buruk pun, saya maafkan. Tolonglah tegur itu kalau saya ada buat silap kerana saya tak pernah ambil hati kecuali mereka sentuh fasal ibu bapa.

Tidak Baca Komen Netizen

Mengulas mengenai teguran terbuka PU Syed, Liyana menjelaskan dia jarang membaca komen di media sosial kecuali dimaklumkan oleh orang sekeliling.

Saya tidak baca sebarang komen dalam media sosial, itu hak mereka.

Sebagai selebriti, setiap orang ada hak untuk menyuarakan pendapat. Jadi apa sahaja yang ingin katakan terpulang pada diri sendiri. Saya tidak mahu menghalang atau marah.

Saya tidak baca komen netizen sebab saya ada banyak benda nak buat. Biasanya orang sekeliling yang akan maklumkan pada saya (apa yang berlaku).

Akui Suka Bergaya Seksi

Sebelum ini, Liyana menerima kecaman netizen kerana penampilannya yang dianggap terlalu seksi. Namun, aktres itu memilih untuk mengambil setiap teguran secara positif.

Dia juga secara jujur mengakui dirinya memang gemar bergaya seksi, namun tetap menjadikan nasihat baik sebagai panduan untuk memperbaiki diri pada masa depan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anak linda hashim dan beego
2025-09-23 12:45:26

Anak Linda Hashim & Beego, Anggun Cassandra Cedera Melecur Terkena Air Panas - "Mummy Tak Kuat Dah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...