Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada sekali lagi menjadi tumpuan warga maya apabila dia dilihat tampil mempromosikan satu produk kecantikan.
Dia dilihat memakai busana berwarna kelabu namun dikecam kerana ia dikatakan agak seksi dan menjolok mata.
View this post on Instagram
Kata netizen, baju tersebut ‘menonjolkan’ payudara dan tidak sesuai digayakan oleh wanita muslim yang bertudung.
Namun begitu, netizen juga memuji penampilan Shuhada yang semakin cantik dan ceria sementelah kes rumah tangganya yang berantakan diketahui umum.
Shuhada sebelum ini memaklumkan bahawa dia terpaksa memberhentikan penjualan biskut keluarannya setelah mengalami masalah dan tidak mendatangkan keuntungan.
Ibu kepada dua anak ini difahamkan sedang menunggu hari sebutan kes bagi perceraiannya bersama Hafidz Roshdi dijangka berlangsung pada bulan Jun ini.