Nak Tahu Seseorang Wanita Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord)

Trending

Nak Tahu Seseorang Wanita Boleh Mengandung Berapa Kali? Periksa Urinya (Umbilical Cord)

Nak tahu cara wanita boleh mengandung berapa kali? Pertama sekali, selepas korang bersalin, jururawat akan bagi apa pada suami korang? Uri, kan? Yes, uri.

Advertisement

Selepas itu, suami atau mak atau bidan akan basuh uri tersebut. Seperti saya, suami saya yang basuhkan semua itu. Ada yang letak garam, ada yang letak asam keping, paku dan sebagainya.

Okey, semasa suami korang basuh uri, suruh dia angkat uri tersebut. Di tangkal uri itu atau sambungan tali pusat bayi, ada biji hitam. Kalau orang Kelantan, dipanggil ‘telur katak’. Yang macam berudu itu.

Kira berapa biji yang ada pada uri tersebut. Kalau ada 9 biji maksudnya korang boleh mengandung 9 kali.

Kalau korang tak percaya, tunggu anak yang kedua nanti, mesti biji itu tinggal 8 biji dan begitulah seterusnya. Yang baru kahwin, wajib ambil tahu. Yang dah kahwin, tag suami masing-masing, biar dia ingat.

Selain itu, keadaan biji hitam itu juga memainkan peranan. Contohnya jika biji hitam itu bulat sempurna, maka bayi yang akan dilahirkan kelak cantik.

Jika biji hitam itu kempis, itu petanda bayi yang seterusnya tidak akan jadi.

Bagaimanapun, ini semua hanya mengikut pandang orang tua-tua dulu. Mungkin belum terbukti lagi dari segi kajian. Ingat, semuanya rezeki dari Allah. Bersabar dan doakan dimurahkan rezeki anak.

Kredit : Roszila Zolkaply

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...