Setiap tahun pastinya selebriti Rozita Che Wan akan berkongsi persiapan baju raya dirinya dan keluarga. Setiap pakaian yang ada, mengikut tema berbeza. Ramai juga yang bermain teka-teki, agaknya berapa pasang baju pula Che Ta akan gayakan pada Syawal tahun ini.
Bagaimanapun, tahun ini Che Ta enggan berkongsi jumlah persalinannya kerana tidak mahu ia menjadi satu isu besar dan dikecam netizen.
Kalau nak tahu sangat berapa pasang baju raya saya tahun ini, kiralah sendiri bila saya muat naik gambar di Instagram sepanjang Syawal nanti.
Kalau saya senaraikan warna baju, pasti ada yang dapat mengagak jumlahnya. Sebut sahaja warna apa, semuanya jadi pilihan. Tetapi, saya tidak akan nyatakan berapa jumlah pakaian untuk raya tahun ini.
Saya sudah malas apabila niat sekadar menjawab pertanyaan media disalah erti hingga dijadikan segelintir warganet sebagai modal untuk mengecam.
Katanya, ada baju raya tahun lalu yang belum sempat digayakan dan ada pula pakaian yang sudah dipakai dan dijual semula di Instagram. Agak mengejutkan ada individu yang sanggup untuk membeli baju Che Ta yang paling mahal dijual pada harga RM3000.