Pernah dengar tak ayat ‘Kita adalah apa yang kita makan’? Makanan yang jadi pilihan akan menentukan apa yang kita akan jadi. Tapi tahu tak, selain untuk dimakan, ada bahan makanan yang ada fungsi lebih dari itu?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam tumbuhan semula jadi ini bukan sahaja berkhasiat sebagai makanan, tapi sangat bermanfaat sebagai bahan penjagaan kulit juga tau.
Uji pengetahuan korang dengan menjawab soalan kuiz ini:
Kalau korang nak tahu, soalan-soalan kuiz tu berkaitan dengan rangkaian produk True To Skin.
Tengok pada packaging nampak macam skincare Kbeauty kan? True To Skin ini diasaskan di Indonesia dan diformulasikan di Korea di mana menggabungkan teknologi Korea dan Barat.
Rangkaian produknya juga disahkan halal di Indonesia. Jadi tak perlu risau untuk pengguna Muslim. Boleh guna tanpa ragu.
Skincare berkonsepkan clean beauty
True To Skin mementingkan konsep clean beauty iaitu bebas dari bahan berbahaya dan menggunakan bahan-bahan semula jadi, bebas toksik dan mapan untuk rangkaian produknya.
Setiap satu darinya dirumus dengan pelbagai kebaikan bahan asli untuk membantu pengguna menangani masalah kulit efektif dengan harga mampu milik.
Ini 3 produk True To Skin yang wajib dicuba:
Matcha Oat Gentle Cleanser
Langkah pertama paling penting dalam rutin skincare semestinya pembersih muka kan? True To Skin Matcha Oat Gentle Cleanser ini adalah pencuci muka terlaris di Indonesia pada 2023 dengan lebih 200,000 unit terjual.
Nikmati kebaikan bahan-bahan seperti oat, heart leaf, kolagen dan matcha dalam pembersih muka bertekstur gel dengan pH seimbang ini. Produk ini membersih dengan lembut segala kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit.
2 Layer Effortless Cleansing Balm
Untuk menyingkirkan mekap atau saki baki sunscreen, double cleansing adalah jawapannya. Gunakan 2 Layer Effortless Cleansing Balm yang telah lama kehabisan stok, sekarang baru kembali di pasaran. Paling istimewa cleansing balm ini berkolaborasi dengan jenama snek legend, Yupi.
Cleansing balm ini cepat menanggalkan semua kotoran termasuk mekap kalis air tanpa meninggalkan baki dan tidak berminyak. Juga sesuai digunakan di sekeliling mata untuk menanggalkan sisa mekap.
Selepas penggunaan, kulit terasa lebih lembut, anjal dan bersih.
Rahsia balm pencuci ini adalah 4 bahan di dalamnya iaitu:
-Elderberry: Anti-oksidan, kaya dengan Vitamin C & E, anti-penuaan dan memudarkan bintik gelap.
-Ekstrak tembikai: Kaya dengan kolagen yang bagus untuk mempertingkat tekstur kulit.
-Mugwort Cica: Melembap dan menenangkan kulit iritasi dan berjerawat.
-Ekstrak blueberry: Menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit.
Sun Friends Soothing Sunscreen Gel
Pakai produk paling bagus pun, kalau tak pakai sunscreen memang sia-sia. Jadi jangan lupa untuk aplikasikan Sun Friends Soothing Sunscreen Gel untuk melindungi kulit dari sinaran UV.
Sunscreen ini mempunyai faktor perlindungan SPF 50 PA++++ dengan tekstur ringan tapi kaya dengan nutrisi kebaikan Matcha dan Betaine kepada kulit.
Paling penting, Sunfriends ini tidak melekit, cepat menyerap dan tidak mempunyai whitecast! Selain tu, Sunfriends ini juga mesra wuduk, maksudnya untuk mengambil wuduk tak perlu menggunakan pencuci muka untuk membersihkan, guna air pun dah cukup. Senang.
Tiada lagi alasan untuk skip sunscreen guys & girls! Tak hairanlah sunscreen ini menjadi yang terlaris di Indonesia, kalau tak bagus takkan jadi best-seller kan?
Rangkaian produk True To Skin boleh didapati secara eksklusif di Guardian sahaja. Juga dijual di True To Skin Shopee Mall, TikTok Shop, dan LazMall. Tak perlu risau menunggu lama kerana penghantaran dibuat dari Malaysia tau.
Jangan lupa follow Facebook dan Instagram True To Skin untuk tidak ketinggalan promo dan info terkini.