Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi menjadi perhatian orang ramai selepas memuat naik beberapa hantaran gambar ‘petikan’ mengenai perempuan murahan di Insta Story miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, isteri kepada penyanyi, Alif Aziz itu seolah-olah menujukan kata-kata tersebut kepada seorang wanita lain.
Walaupun menafikan rumah tangganya bermasalah, pelakon berusia 28 tahun itu telah menimbulkan tanda tanya netizen sama ada rumah tangganya masih diganggu pihak ketiga.
Awak bukan seorang perempuan murahan? Jadi awak seperti seorang sukarelawan pelacur?
Bukan itu sahaja, Bella atau sebenarnya Dayang Nabellah binti Awang Astillah turut meminta netizen untuk ‘tag’ atau menghantar petikan tersebut jika ada yang mengenali wanita berkenaan.
Nak tag atau tak eh nama dia? Cuba teka, kita tengok kalau ramai teka sama. Memang dia lah tu.
Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Cina Buta itu menegaskan bahawa dia tidak boleh bersikap tolak ansur terhadap wanita yang suka mengambil kersempatan terhadap lelaki berstatus suami orang.
Saya tak tahan dengan wanita yang suka mendekatkan diri dengan lelaki walaupun dah tahu lelaki tu sudah berpunya.
Jelasnya lagi, perbuatan itu jelas menunjukkan betapa terdesak dan kasihan terhadap wanita berkenaan.
Lepas saya taip nama dia, automatik tertukar kepada perkataan ‘pelacur’. Patutlah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.