Seorang pelajar lelaki bernama Danial tiba-tiba menjadi perhatian selepas tular video dirinya antara orang pertama mendapatkan iPhone 17 di Malaysia, hari ini.
Bagaimanapun, seorang individu dipercayai ahli keluarganya tampil memberikan penjelasan berhubung perkara itu selepas timbul pelbagai spekulasi di media sosial.
“Kasihan Danial tiba-tiba tular. Banyak maklumat salah yang ‘page’ tu tulis. Mak cik dan pak cik saya memang orang senang. Dia belikan ni pun sebab abah dia minta beli untuk hadiah ‘anniversary’,” jelas individu berkenaan yang menggunakan profil @Rajasyafiqahhh.
Menurutnya, Danial sanggup beratur seawal pagi kerana mahu memenuhi hajat bapanya yang ingin menghadiahkan kejutan kepada ibu mereka.
“Mula-mula abah dia nak ‘surprise’ kan (iPhone untuk ibu Danial), akhirnya tular satu Malaysia,” kongsinya.
Dalam pada itu, individu tersebut turut mendedahkan bahawa Danial merupakan seorang pelajar cemerlang.
Terdahulu, media melaporkan orang ramai beratur panjang di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota bagi mendapatkan iPhone 17 yang mula dijual di Malaysia hari ini.
Menerusi beberapa video di TikTok, difahamkan ada individu sanggup menunggu sejak pukul 3 pagi semata-mata untuk menjadi pembeli terawal gajet berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.