Tidak berdiam diri selepas didakwa melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta bagi produk Mixberries Royal Women, pelakon Ruhainies tampil memberi kenyataan mengatakan pengasas Aurebella Beauty telah memfitnahnya dan mendedahkan dirinya tidak menandatangangi sebarang kontrak.
Founder dedah bukti
Namun demikian, founder jenama tersebut turut tidak berdiam diri selepas kejadian tersebut. Baru-baru ini, dirinya telah memuat naik sebuah Instagram story yang memaparkan video di mana pelakon tersebut sedang menandatangani sebuah papan foto ketika hari pelancaran sebagai duta produk.
Terang-terang dia sendiri sign dekat board tu tulis brand ambassador of Aurebella Beauty. Lepas tu spin cerita cakap tak pernah bekerjasama dengan kita.
Funny! Terang lagi bersuluh. Nak spin pun agak-agak lah, bukti semua ada.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, pengasas Aurebella juga berkata bahawa masih banyak bukti yang belum ditunjukkan kepada orang ramai atas nasihat peguam. Menurutnya, Ruhainies ini telah memutar belit cerita tentang jenama tersebut.
Sebelum ini, pemilik jenama terbabit telah memaklumkan bahawa pihak mereka bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Ruhainies kerana telah melanggar kontrak perjanjian sehingga mendatangkan kerugian yang besar terhadap mereka.