Perkara yang selalu kita dengar apabila nak mulakan diet mesti jaga pemakanan, elak makanan berminyak dan kira kalori defisit betul tak?
Selalunya niat nak mulakan diet tu memang dah ada, cuma bila nak amalkan makan makanan yang sihat tu sangat susah sebab semuanya kurang sedap dan mahal.
Yang sedap pula mesti makanan yang bergoreng, manisan dan berlemak. Penatnya macam ni!
Haa, siapa yang nak mulakan diet tapi susah nak amalkan makanan sihat terutama sekali peminat ayam? Kali ni kami akan kongsikan 5 resepi ayam sihat dan confirm sedap dengan hanya menggunakan air fryer.
1. Ayam Madu Merah BBQ
Bahan-bahan:
– 400g ayam
– 1 sudu besar madu, sos tiram, sos kicap pekat, dan sos kicap
– 1 sudu kecil halia dan lada putih
– ½ sudu kecil bawang putih dan serbuk 5 rempah cina
– 2 sudu besar gula
– 3 sudu besar sos merah
– Garam secukup rasa
Cara-cara:
– Campur dan perap semua bahan bersama ayam.
– Masukkan dalam air fryer dengan suhu 180’C selama 15 minit. Pastikan ayam tak bertindan supaya ia masak dengan rata.
– Lebih kurang 5 minit terakhir, terbalikkan ayam.
– Masak lebihan sos perapan tadi dengan air kemudian kacau sampai pekat.
– Sapu sos tadi pada ayam dan siap untuk dihidang!
2. Ayam Tiram Thai Ala Khairul Aming
Bahan perapan:
– 1 sudu besar minyak masak
– 2 sudu besar kicap manis
– 3 sudu besar sos tiram
– Garam secukup rasa
Cara-cara:
– Perap semua bahan tersebut dan bakar dalam air fryer dengan suhu 180’C-200’C selama 20 minit.
Bahan untuk sos:
– 1 sudu besar sos tiram
– 1 biji perahan limau nipis/lemon
– 2 sudu besar gula
– 3 batang akar ketumbar
– 4 biji cili padi merah
– 5 ulas bawang putih
– Daun ketumbar potong halus
Cara-cara:
– Tumbuk bawang putih, cili padi merah dan akar ketumbar sehingga lumat.
– Gaul bahan tersebut bersama bahan-bahan lain. Tuangkan atas ayam yang dah dimasak tadi.
3. Ayam Mayonis
Bahan-bahan:
– Ayam
– Kicap manis
– Sos cili
– Sos tiram
– Mayonis
– Kewpie Dressing Roasted Sesame
Cara-cara:
– Campur semua bahan dan gaul sebati bersama ayam. Kemudian perap ayam tersebut. Sukatan bahan agak-agak mengikut kuantiti ayam.
– Bakar dalam air fryer pada suhu 200’C selama 30 minit.
4. Ayam Bakar Ala Kenny Rogers
Bahan-bahan:
– ½ ekor ayam
– 1 biji bawang besar*
– 2 ulas bawang putih*
– 1 sudu kecil lada hitam*
– Sedikit halia (hujung jari je)*
– 1 sudu sos cili
– 1 sudu sos tomato
– 2 sudu sos tiram
– 2 sudu kicap pekat
– 2 sudu kicap manis
– 2 sudu madu (nak letak extra pun boleh)
– Sedikit garam
– 1 sudu minyak masak
Cara-cara:
– Tumbuk bahan “*” sehingga lumat. Campurkan bersama bahan lain dan gaul sekali pada ayam dan perap selama 2 jam.
– Bakar dalam air fryer pada suhu 180’C selama 20 minit. Lapik dengan aliminium foil supaya kita dapat kuahnya.
– 10 minit terakhir, terbalikkan ayam dan turunkan suhu kepada 60’C. Siram kuahnya ke atas ayam.
5. Ayam Cincang Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
– 500g ayam cincang
– 1 sudu besar serbuk kunyit
– 1 sudu kecil garam
– Sedikit perasa
– ½ bawang Holland
– 2 biji cili hijau
Cara-cara:
– Tumbuk semua bahan untuk jadikan pes. Pastikan ia berair sikit dan lumurkan pada ayam.
– Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam.
– Bakar ayam dengan suhu 180-190’C selama 20-25 minit. 10 minit terakhir, terbalikkan ayam.
Tiada Air Fryer? Ini Ada Satu Jenama Yang Anda WAJIB Miliki
Wah, banyak juga resepi hidangan ayam sihat yang boleh dimasak tanpa minyak, menggunakan air fryer kan? Senang pun senang, jimat masa lagi!
Zaman sekarang ni, rugi tau kalau tidak memiliki sebiji air fryer di rumah! Untuk anda yang masih belum ada air fryer di rumah, kami nak cadangkan satu jenama air fryer terbaik untuk anda iaitu Gweich Premium Air Fryer GWA-45M01 ni. Wah, bunyi macam menarik je!
Untuk pengetahuan, model ni sangat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk dengan kerja, bujang ataupun yang dah berkeluarga sebab ia bukan saja menjimatkan masa, malah dapat memasak pelbagai resipi yang sedap tau!
Model ini berkapasiti 4.5L dengan dua lapisan tingkap kaca sebesar 6 inch untuk memudahkan anda tengok keadaan makanan kat dalam tu. Menarik kan?
Dengan Gweich Premium Air Fryer GWA-45M01 ni anda jangan risau, air fryer ini mempunyai jaminan 3 tahun dan percuma sekali satu buku resipi. Lagi senang la anda nak dapatkan idea memasak lepas ni.
Selain tu, model ni juga sesuai untuk anda yang merancang untuk makan makanan yang sihat dan kurangkan penggunaan minyak dalam makanan sebab air fryer ini ada teknologi penggorengan wap yang menjadikan makanan lebih sihat dan ‘juicy’.
Pada bahagian dalam Gweich Air Fryer ini pula, ia menggunakan gred makanan 304 non-stick coating iaitu gred yang selamat untuk digunakan pada peralatan memasak.
Untuk anda yang berkeluarga, tak perlu risau kalau ada anak kecil yang suka main dengan perkakas di dapur sebab ia didatangkan sekali dengan kunci keselamatan tau! Tapi ingat, jangan biar anak korang main kat dapur tanpa pengawasan.
Apa yang menarik dengan reka bentuk Gweich Air Fryer ni adalah ia mempunyai butang kawalan di atas yang mana 10 tetapan menu dan 2 butang pengawalan suhu dan masa. Jadi, mudah untuk kita lihat dan pilih tetapan yang diinginkan.
Lagi best kalau anda cuba resipi-resipi ni menggunakan air fryer free betul tak? Dengar cerita Gweich ada buat pertandingan memasak. Nak join senang je, ikut langkah di bawah ni.
– Rakam video memasak dengan menggunakan peralatan Gaabor
– Panjang video minimum 1 minit.
– Muatnaik di media sosial anda (FB/ IG/TikTok atau Youtube) dengan hashtag #cookwithgaabor #gaabormalaysia #gaabor #loveinfreshness
– Ikuti dan tag akaun Gaabor Malaysia di Facebook (Gaabor Malaysia), Instagram (@gaabor.my), Tiktok (@gaaborofficialstoremy dan @gaabormalaysia) dan Youtube (Gaabor Official Malaysia)
Haa senang je kan? Dengan pertandingan #cookwithgaabor ni, anda berpeluang untuk menang hadiah sehingga RM788! Pertandingan ini bermula dari 10 Oktober 2022 hingga 11 November 2022.
Kalau anda nak tahu, Gweich Air Fryer ni nombor 1 best selling di platform TikTok tau! Jadi, cepat dapatkan air fryer ini sekarang di aplikasi e-dagang Shopee, Lazada dan TikTok.