Beberapa universiti di Malaysia kini tersenarai dalam kedudukan teratas carta institusi terbaik, menjadikan Malaysia semakin menarik di mata pelajar antarabangsa yang ingin melanjutkan pengajian mereka di sini.
Negara jiran juga mengakui keunggulan institusi pendidikan tinggi di Malaysia, malah ada yang menganggapnya sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran.

gambar hiasan
Perkara ini menjadi tular selepas seorang individu dari Indonesia berkongsi pandangannya mengenai negara yang wajar dipertimbangkan untuk pengajian peringkat Sarjana Muda dan lebih tinggi.
Korang yang nak sambung belajar, lebih baik ke kampus Malaysia saja. Kosnya lebih berpatutan dan ijazahnya diterima di negara-negara Commonwealth.
Hantaran yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata warga Indonesia bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana menurut mereka, Malaysia dapat menyediakan kualiti pengajian yang lebih berkualiti.
Antara yang membuatkan mereka lebih yakin di mana terdapat sejumlah kampus terkenal dari Australia, UK dan banyak lagi seperti Monash, Herriot Watt, University of Southampton, Nottingham dan Curtin.
Dalam pada itu, mereka yang berpengalaman atau mempunyai saudara yangh bergelar graduan di sini mendedahkan sangat berpuas hati ketika melanjutkan pengajian di sini apatah lagi senang untuk beradaptasi dengan budaya tempatan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.