“Nak ‘Request’ Versi ‘Duet’ Dengan Kak Ya Boleh?” – Komen Fattah Amin Di TikTok Raih Perhatian Netizen

Hiburan

“Nak ‘Request’ Versi ‘Duet’ Dengan Kak Ya Boleh?” – Komen Fattah Amin Di TikTok Raih Perhatian Netizen

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila penyanyi, Amira Othman dan pelakon, Fattah Amin didakwa mempunyai hubungan yang istimewa.

Susulan itu, penyanyi tersebut tampil menjelaskan bahawa semua itu adalah gimik semata-mata bagi mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul ‘Bila Nak Kahwin?’.

Advertisement

amira othman dan fattah amin

Baru-baru ini, adik kepada Amira Othman iaitu Irfan Haris telah menyanyikan lagu ‘Wanita Terakhir’ yang dipopularkan oleh pelakon tersebut di akaun TikToknya.

Pelakon tersebut dilihat telah meninggalkan komen yang mengundang perhatian netizen oleh kerana permintaannya.

Nak request duet version dengan Kak Ya boleh?

Irfan kemudiannya membalas komen tersebut dengan mencadangkan agar mereka bertiga berkolaborasi untuk menyanyikan lagu itu.

Salam abang Fattah, kalau kita duet bertiga sekali best juga kan?

komen fattah amin

Rata-rata netizen teruja dengan cadangan tersebut dan berharap agar kolaborasi yang dicadangkan itu akan diadakan.

komen tiktok

komen tiktok

4 days ago

“Ini Semua Gimik...“ - Teka-Teki Kini Terjawab, Amira Othman Akui Tumpang Populariti Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...