Nak ‘Renovate’ Rumah Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana? Ini Mungkin Servis Yang Anda Perlukan!

Branded

Nak ‘Renovate’ Rumah Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana? Ini Mungkin Servis Yang Anda Perlukan!

Memiliki sebuah rumah merupakan impian semua, namun untuk menghidupkan sebuah rumah menjadi ‘kediaman’ yang selesa bukanlah satu perkara yang mudah.

Bayangkan anda dah seharian bekerja, kemudian harus fikir bagaimana nak mengubah suai rumah supaya ia menepati citarasa. Penatnya!

Psstt.. Siapa nak duduk rumah kosong tanpa perabot dan hiasan kan?

Mungkin anda sudah memiliki perancangan atau gambaran kediaman yang anda impikan tapi kekangan masa dan idea menghalang anda untuk melakukan segalanya sendiri.

Anda tak perlu risau, sekarang ni semua servis dah ada di hujung jari. Bagi anda yang baru saja membeli rumah atau nak mengubah suai rumah, kami cadangkan sangat anda menggunakan perkhidmatan daripada The Makeover Guys, bagi mendapatkan sebuah kediaman impian anda!

Kenapa The Makeover Guys?

Memandangkan ramai nak ubah suai rumah tapi kadang-kadang agak clueless tentang apa yang perlu dibuat, anda call saja team The Makeover Guys ni.

Mereka akan menasihatkan anda tentang apa yang terbaik untuk kediaman mengikut citarasa dan bajet yang anda miliki.

Terdapat lebih daripada 30 rekaan yang anda boleh pilih untuk kediaman. Paling best sekali, perabot yang mereka gunakan bukan biasa-biasa, semuanya keluaran terbaru dan trusted. 

Malah, The Makeover Guys juga ada berkolaborasi dengan beberapa jenama terkemuka seperti HOOGA, De’Longhi dan Jotun.

“Tak mahal ke??”

Kami faham bila nak renovate rumah ramai yang risau tentang kos, lagi-lagi yang baru beli rumah. Tapi anda tak perlu khuatir kerana perkhidmatan daripada The Makeover Guys ni budget-friendly dan anda juga boleh membayar secara ansurans sehingga 36 bulan dengan sifar peratus faedah. Wow, ini yang kita mahukan!

Kolaborasi HOOGA x The Makeover Guys

Berita baik untuk anda yang tinggal di kawasan Lembah Klang! Jangan lepaskan peluang untuk ubah suai rumah anda dengan barangan daripada jenama perabot rumah dan aksesori popular HOOGA sempena kolaborasi bersama The Makeover Guys (HxTMG)!

Menariknya tentang HxTMG, ada 3 rekaan eksklusif dengan tema yang berbeza ditawarkan untuk anda iaitu Sienna Sunday, 50 Shades of Chris dan Leonardo in Love.

Ketiga-tiga rekaan ni menampilkan aura yang berlainan yang pastikan dapat memenuhi citarasa berbeza setiap individu.

Sienna Sunday– Membangkitkan suasana damai yang tenang, nyaman, santai dan tenang di mana individu boleh meluangkan masa dengan hobi mereka, sama ada membaca, memasak atau buat apa saja yang anda inginkan.

Tema ini secara khusus menampilkan reka bentuk muted neutrals, rona tanah, rotan dan Scandinavia. Penggunaan muted neutrals dalam ruang keseluruhan memberikan rasa tenang. Tekstur fabrik dengan warna berbeza seperti rotan dan kayu memberikan sedikit kedalaman dan kontras.

50 Shades of Chris– Timbulkan rasa selesa dan sofistikated. Bahagian dalamannya mencerminkan palet biru tanah, rona desa dan dinding gelap yang mengeluarkan aura dan getaran keseronokan. 

Penggunaan unsur semula jadi seperti rotan dan bahan yang lebih kuat seperti logam membantu mewujudkan keseimbangan sempurna untuk tema ini. Tema ini sesuai untuk pasangan muda atau mereka yang berkerjaya.

Leonardo in Love– Menggabungkan kepingan-kepingan alam luar yang sangat dirindui akibat wabak dan realiti empat dinding yang terkurung. Tema ini menampilkan palet bergaya pastel, geometri & bentuk, sedikit keemasan dan statement pieces.

Anda boleh KLIK DI SINI untuk melihat keunikkan setiap rekaan yang ditawarkan.

Memandangkan HxTMG merupakan kolaborasi eksklusif bersama jenama HOOGA, anda boleh bayangkan bagaimana rumah anda nanti bakal dihiasi perabot dan aksesori daripada jenama terkenal ini.

Untuk pengetahuan, proses ubah suai ini tidak mengambil masa yang lama dengan minimum 30 hari bekerja. Anda juga tidak perlu bimbang jika terjadi kerosakan yang tidak disengajakan, kerana anda dilindungi dengan Makeover Care Insurance bagi memastikan proses pengubahsuaian berjalan dengan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Servis tip-top, ramai bagi 5 bintang!

Kami sempat survey tentang The Makeover Guys ni, sebab pernah terbaca satu artikel tentang servis mereka ni. Memang terbaiklah team mereka ni.

Di laman Facebook The Makeover Guys juga, rata-rata pelanggan memberikan penilaian 5 bintang dan memuji hasil kerja dari mereka tau!

Serlahkan peribadi & miliki kediaman impian dengan The Makeover Guys

Rasanya ramai pasangan dan mungkin anda sendiri yang berminat nak gunakan perkhidmatan The Makeover Guys ni. 

Jangan tangguh lagi, jika anda berminat dengan kolaborasi HxTMG anda boleh mengunjungi pop-up store yang dibuka di MidValley (Aras 2).

Maklumat lanjut mengenai The Makeover Guys anda boleh klik di SINI atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...