Nak Perhatian Punya Pasal, Wanita Ini Sanggup Makan Pelbagai Jenis Sabun Buku

Trending

Nak Perhatian Punya Pasal, Wanita Ini Sanggup Makan Pelbagai Jenis Sabun Buku

Sabun mandi biasanya digunakan ketika seseorang itu membersihkan badan ketika mandi. Namun lain pula yang dilakukan oleh seorang wanita dari Indonesia apabila menjadikannya seperti makanan.

sabun

Advertisement

Aksi wanita itu menjilat-jilat sabun seperti aiskrim tular di media sosial apabila dia memuat naik di Instagram miliknya. Dia kelihatan seolah-olah sedang menikmati sabun tersebut.

Kelakuan peliknya itu menarik perhatian netizen sehingga videonya itu mendapat lebih daripada 270,000 tontonan.

 

View this post on Instagram

 

Hayoooo siapa kemaren yang request sabun GIV???? Ini mulut orang yang kerjaan nyinyir harus di sabun sampai berbusa….

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Wanita yang dikenali sebagai Khosik Assyifa itu memuat naik beberapa video yang menunjukkan beliau merasa beberapa jenis sabun.

Bagaimanapun, cara peliknya itu mendapat kecaman daripada netizen dan mereka tertanya-tanya tidakkah memakan sabun itu boleh mendatangkan kemudaratan.

sabun

sabun

Biarpun dikecam hebat, wanita tersebut seakan-akan tidak mempedulikannya dan terus memuat naik video-videonya sedang ‘menikmati’ sabun.

Sumber Berita: Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...