“Nak Pergi Ke Depan, Tak Boleh. Nak Patah Semula, Jalan Dah Dinaiki Air” – Fizo Omar

Hiburan

“Nak Pergi Ke Depan, Tak Boleh. Nak Patah Semula, Jalan Dah Dinaiki Air” – Fizo Omar

Pelakon, Fizo Omar berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang berlaku di Lebuh Raya Karak-KL menghala ke ibu kota.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, yang berada di tempat kejadian sekitar pukul 11 malam selepas pulang dari Kuantan, Pahang bagi menghadiri acara di sebuah spa milik rakannya bagaimanapun selamat tiba di Kuala Lumpur sekitar 3 pagi.

Advertisement

Menurut Fizo, 36, dia baru sahaja tiba di kawasan tersebut selepas tanah di situ runtuh akibat hujan lebat.

Lama juga saya terkandas di situ semalam. Sedang elok saya sampai, tanah baru sahaja runtuh di situ. Beratus kenderaan terperangkap bersama kami.

Tambahnya lagi, dia dan rakannya mempertaruhkan nyawa melawan arus menuju pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan sebelah dengan cara membuka besi penghadang lebuhraya.

Kami gamble sajalah buka besi penghadang dan lawan arus. Mujur tak banyak kereta di laluan tersebut.

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu menceritakan sepanjang perjalanan, dia nampak orang ramai dengan anak-anak kecil turun dari kereta dan mencari tempat selamat.

Terkejut sebab ada sesetengah jalan di Lebuhraya Karak dah jadi macam sungai. Di situlah tempat saya tersangkut.

Fizo berpendapat pihak LPT sepatutnya ambil tindakan segera dengan menutup terus tol masuk ke lebuhraya apabila berlaku tanah runtuh dan banjir.

Baca: Usahakan ATV Park, Fizo Omar Labur Lebih RM1 Juta Demi Kepuasan Pelanggan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...