Cuti sekolah tiba lagi. Inilah masa terbaik untuk membawa keluarga tercinta pergi bercuti. Dalam Malaysia pun banyak tempat-tempat best untuk dilawati seperti Legoland di Johor Bahru, mandi pantai di Pulau Tioman dan melawat tempat bersejarah di Langkawi. Bercerita pasal cuti ini, teringat percutian Abang Nara sekeluarga ke Pulau Pinang pada cuti sekolah yang lalu. Seronok sangat-sangat.
Akan tetapi, setiap kali pergi bercuti, pasti kulit kami sekeluarga akan menjadi satu tona lebih gelap akibat sinaran matahari yang amat terik. Mengikut kajian, punca sebenar kulit kita berkedut, nampak lebih tua, warna yang tidak sekata dan menjadi semakin gelap adalah kerana sinaran UV matahari.
Sinaran UV matahari menyerang sehingga ke dalam sel-sel kulit, sekaligus membuatkan kulit kita kurang bersinar dan membuatkan kita tampak lebih berusia daripada umur sebenar.
Selaku seorang blogger yang sering menghadiri event dan bertemu client, Abang Nara haruslah menjaga penampilan. Kalau satu badan dah macam kena bakar, orang pandang pun kurang selesa. Abang Nara pun akan rasa rendah diri. Untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang, Abang Nara telah membuat sedikit kajian dan menemui penyelesaian untuk menghalang sinaran UV matahari merosakkan kulit ini. Penyelesaiannya ialah:-
Inilah minuman Kinohimitsu UV-Bright yang sangat-sangat popular. Ia mengandungi ekstrak biji anggur dan bahan pemutih seperti Grape Polyphenols, Apple Polyphenols dan Vitamin C. Tiada gula, tiada bahan additives, tiada bahan pewarna, tiada bahan kimia dan juga tiada sebarang perasa tiruan. Memang 100% semulajadi. Dijamin tiada sebarang kesan sampingan yang bakal memudaratkan sekiranya anda meminum Kinohimitsu UV-Bright ini.
Kehebatan kedua minuman Kinohimitsu UV-Bright ini ialah ia telah terbukti secara saintifik memberikan impak positif kepada kulit kita dari dalam. Kesannya boleh nampak dalam masa 6 hari sahaja. Antaranya seperti mengurangkan pigmentasi pada kulit, mencerahkan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam dan juga memastikan kulit kita tidak kelihatan tua berbanding usia sebenar. Power kan? Senang cakap, dengan Kinohimitsu UV-Bright, luaran dan dalaman kulit kita akan terjaga rapi sepenuhnya.
Dan apa yang paling Abang Nara suka tentang Kinohimitsu UV-Bright ini ialah harganya yang sangat-sangat berbaloi dengan segala faedah yang bakal kita terima. Cuma RM39.90 sahaja (harga asal ialah RM95.30). Bukan itu sahaja, kotaknya yang sederhana besar memudahkan kita membawanya ke mana-mana tak kira di mana sahaja destinasi percutian.
Abang Nara dah tak sabar nak pergi bercuti dengan penuh ketenangan bersama Kinohimitsu UV-Bright ini. Tak payah nak risau pasal sinaran UV matahari lagi. Pagi-pagi je terus minum sebotol dan boleh pergi berjalan sakan tanpa sebarang kerisauan. Anda pula bagaimana? Maklumat lanjut layari Facebook Kinohitmisu Malaysia dan juga LAMAN RASMI KINOHIMITSU. Selamat mencuba!!