“Nak Pelamin Seperti Yuna Dengan Harga RM200 Memang Tak Dapat” – Perancang Perkahwinan

Trending

“Nak Pelamin Seperti Yuna Dengan Harga RM200 Memang Tak Dapat” – Perancang Perkahwinan

Selesai sudah majlis pernikahan dan resepsi di sebelah Yuna. Namun kemeriahan dan keindahan majlis Yuna masih lagi hangat diperkatakan di kalangan netizen seluruh negara.

Bahagian yang paling menarik perhatian netizen adalah pelamin pada majlis pernikahan dan resepsi beliau.

Advertisement

Seperti biasa, netizen selalu menjadikan artis sebagai sumber rujukan mereka terutama untuk hiasan pelamin majlis perkahwinan dan kali ini pelamin pernikahan Yuna menjadi sasaran netizen kali ini.

Namun apa yang melucukan apabila netizen cuba meminta pelamin ‘persis’ seperti pelamin Yuna dengan bajet yang sangat ‘tidak masuk akal’.

Rentetan isu tersebut yang menjadi tular di media sosial, perancang perkahwinan bagi majlis perkahwinan Yuna tampil memberi penjelasan beliau.

Pengarah kreatif The Calla, Firdaus Othman yang menghasilkan pelamin nikah Yuna dan Adam Sinclair pada Jumaat lalu menjelaskan anggaran harga pelamin itu kira-kira RM70,000.

Beliau berkata jumlah itu dikira berdasarkan bukan sahaja penggunaan bunga, malah usaha menyiapkan pelamin yang mengambil masa tiga hari.

“Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000”

“Ia merupakan pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan,” katanya.

Beliau juga berkata yang syarikatnya tidak akan membuat lagi konsep sebegitu kerana ianya unik untuk Yuna dan Adam Sinclair sahaja.

Yuna, 32, atau Yunalis Zarai dan Adam Sinclair, 34, selamat bernikah dengan sekali lafaz dalam satu majlis di Puncak Rimba Bentong, Pahang pada Jumaat lalu dengan rekaan pelamin menarik berlatarbelakangkan pergunungan.

Firdaus mengulas tentang isu yang tular di laman sosial apabila sebuah butik dan perancang perkahwinan berhadapan dilema kerana ramai bakal pengantin tertarik dan mahu pelamin seperti penyanyi antarabangsa terbabit, namun mempunyai bajet kecil.

Pendedahan itu dibuat oleh Butik Perkahwinan Fidaerdy apabila dia mendapat mesej daripada bakal pengantin yang menawarkan bajet serendah RM200 agar menyiapkan pelamin seperti majlis nikah Yuna.

Sementara itu, Firdaus berkata, pihaknya turut ditanya perkara yang sama dan mahu pelamin sama seperti majlis pernikahan itu.

“Tipulah kalau kami tidak ditanya tentang perkara yang sama, tapi pihak kami tidak akan buat rekaan sama seperti pelamin Yuna kepada pelanggan lain. Kalau mereka mahu yang sama kami akan beri kelainan sedikit.”

“Namun, kalau ada pihak lain nak tiru ia tidak jadi masalah,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang cabaran menyiapkan pelamin bertemakan Bohamian Tropical itu, Firdaus berkata, mereka terpaksa berdepan dengan masalah cuaca tidak menentu.

Katanya, mereka mengambil masa tiga hari menyiapkan pelamin itu berikutan hujan lebat.

“Cabaran utama ialah hujan, kami terpaksa berhenti beberapa kali kerana hujan lebat.”

“Masa hari pernikahan juga hujan turun lebat sehingga majlis yang sepatutnya berlangsung pukul 3 petang ditangguhkan sehingga hujan reda kira-kira pukul 6 petang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Firdaus berkata, ia merupakan pengalaman manis buat dirinya kerana dapat memberi yang terbaik kepada penyanyi berkenaan.

Sebelum ini The Calla pernah mereka pelamin untuk majlis Anzalna, Siti Saleha dan Ammar Baharin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...