Nak Pasang Wainscoting Modal Tak Sampai RM29, Begini Caranya

Kehidupan

Nak Pasang Wainscoting Modal Tak Sampai RM29, Begini Caranya

Dahulu, ramai yang beranggapan wainscoting hanya untuk kediaman mewah sahaja. Namun berbeza sekarang dengan sumber yang mudah untuk diperolehi dan cara pemasangan yang tak rumit, ramai mengambil keputusan untuk lakukan sendiri.

Yang penting anda perlu teliti untuk menghasilkan satu produk yang kemas.

Seorang lelaki di Facebook telah berkongsikan bagaimana beliau memasang wainscoating pvc dengan bajet tidak sampai RM29.

Saya nak share hasil pemasangan wainscoting pvc dengan bajet tak sampai RM29.

Advertisement

Lepas baca komen otai wainscoting rupa rupanya ada beza wainscoting roll pvc berbanding wainscoting getah. Wainscoting PVC lebih ringan, senang dipotong dan tak mengecut (harap harapnya lah).Getah agak berat dan suka melengkung. Tetapi terpulang kepada citarasa masing-masing.

 

Bahan-bahan:

 

  1. Wainscoting pvc-saya survey2 yang paling murah kat shopee – RM 27.50
  2. Gam dunlop- Beli kat kedai eco or hardware je-RM
  3. Pembaris segitiga 45°-Free sbb saya pinjam opis.

 

Cara-caranya ialah:

 

Wainscoting Roll PVC ni saya beli kat shoppee survey2 yang paling murah dapat Rm 27.50

Ukuran saya buat 30cm lebar X 30cm panjang X 4 Kotak. Total 4.8 meter

Potong setiap bucu pakai pembaris segitiga 45°

Sapukan gam Dunlop

Tekapkan pada dinding ikut garisan yang dilukis terlebih dahulu guna pembaris dan sesiku L.

Teruskan tekap ikut garisan.

Begitu sahaja, terima kasih.

 

Rupa-rupanya senang sahaja nak buat, yang penting kena rajinlah.

 

Sumber: Facebook

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...