Penceramah selebriti, PU Syed baru-baru ini menerima kecaman daripada sesetengah netizen yang menganggap dirinya munafik kerana didakwa ‘senyap’ dan tidak membantah apabila artis dari negara Indonesia datang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan di sini.
Jika sebelum ini, PU Syed membantah sekeras-kerasnya artis dari Korea iaitu BlackPink dan Justin Bieber untuk datang ke negara bagi siri jelajah mereka.
Katanya, tiada satu manfaat untuk artis-artis tersebut datang dan membuat persembahan melainkan hanya ‘lagha’ semata-mata.
Menjengah ke ruangan Instagram PU Syed, dia ada memuat naik beberapa tangkap layar komen netizen yang menggelarnya munafik dan kata-kata kejian yang lain.
Tidak berdiam diri, PU Syed menjelaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri dan tetap akan meneruskan dakwahnya dalam mencegah maksiat yang cenderung kepada anak-anak muda pada ketika ini.
Selagi ada hayat, saya takkan redha kemungkaran berlaku di bumi Malaysia ini. Tak kira datang dari penjuru mana!
Manakala dalam hantaran terbaru pendakwah itu, Pu Syed berkata dia mengambil keputusan untuk menyekat akaun-akaun netizen yang kurang ajar dan tidak beradab untuk tujuan tidak memanjangkan perbalahan yang tidak berfaedah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.