Nak Muntah Tengok Ayam, Farah Nabilah Alami Alahan Teruk

Hiburan

Nak Muntah Tengok Ayam, Farah Nabilah Alami Alahan Teruk

Menceritakan pengalaman di awal kehamilannya, pelakon Farah Nabilah akui dirinya mengalami alahan teruk sehingga ingin muntah andai terlihat kelibat ayam.

farah nabilah alahan mengandung

Advertisement

Menurutnya, beliau yang gemar memakan ayam terpaksa akur dengan alahan tersebut namun tiada lagi sebarang alahan teruk apabila memasuki usia kandungan lima bulan kini.

Tambah Farah, beliau mendapati dirinya hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives untuk berbulan madu pada Mac lalu.

“Alhamdulillah, minggu depan genap lima bulan usia kehamilan. Saya mula dapat tahu hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives pada 9 Mac lalu.”

Bagaimanapun Farah sebelum ini merancang untuk mendapatkan zuriat selepas enam bulan melayari bahtera rumah tangga namun segalanya berubah apabila beliau tidak menyangka rezeki datang secepat ini.

Farah yang teruja dengan berita itu dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung itu pada penghujung Oktober depan.

farah nabilah alahan teruk

Beliau juga sempat menyeru agar segala urusannya dalam melahirkan zuriat itu dipermudahkan malah berdoa agar kandungan berada dalam keadaan yang selamat.

Untuk rekod, Farah dan suami, Mohammed Amirul Yunus yang juga seorang juruterbang telah melangsungkan perkahwinan pada 20 disember tahun lalu di Royale Chulan Damansara dengan menerima wang hantaran bernila RM77,777.77.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...