Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nak Mula Buat Bisnes Dan Kurangkan Berlakon, Farah Nabilah Tak Mahu Abaikan Keluarga Selepas Bersalin

Pelakon cantik yang kini sedang menanti detik melahirkan anak pertama, Farah Nabilah berkata dia ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara serius selain menjadi seorang pelakon.

Dia yang menunggu baki empat minggu saja lagi untuk menimang cahaya mata menyatakan bahawa statusnya kini sebagai seorang isteri dan bakal ibu menjadi salah satu sebab dia menceburi bidang perusahaan.

Advertisement

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, walau bagaimanapun tetap akan meneruskan kariernya dalam bidang lakonan namun menghadkan atas beberapa faktor.

View this post on Instagram

Dah masuk 3rd trimester ni biasa lah macam macam kan, sakit situ sakit sini. Now I finally understand pengorbanan seorang ibu. ? Nasib baik tungku @mahthika_hq ada senang tak perlu nak panaskan macam zaman dulu, plug in for 45 mins dah boleh pakai ?

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

“Bila dah kahwin ni banyak perkara perlu dihadkan dan syukur rezeki anak pun datang awal. Lagipun sebagai seorang isteri, tanggungjawab banyak dekat rumah. Tak boleh tinggalkan keluarga. Sebab tu saya fikir baik saya upgrade diri saya dan lakukan sesuati sebab dari dulu hanya berlakon saja. Kalau berlakon pun mungkin saya akan pilih telefilem atau drama yang bersesuaian tapi apa pun saya akan tetap cuba bahagikan sama rata antara dunia lakonan dan perniagaan,”

Advertisement

Farah yang terkenal dengan drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu ditemui ketika sidang media pelancaran pejabat pengurusan produknya di Catson Global (M) Sdn. Bhd. Skypark @ One City, Subang Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanyakan mengenai perkembangan kehamilan yang sedang menanti hari kini, Farah memberitahu dia dan suami ingin merahsiakan jantina bayi sulung mereka dan menjadikan ianya sebagai satu kejutan.

“Sebenarnya saya sendiri tak tahu jantina bayi sebab tak nak tahu pun.. biar jadikan kejutan. Anak pertama tak kisah lelaki atau perempuan. Asalkan sentiasa dalam keadaan sihat..”

View this post on Instagram

Boleh ke kita pergi holiday lagi sebelum I?

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Farah telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan pada 20 Disember tahun lalu.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Elliza Razak

    October 1, 2020 at 7:10 pm

    SEMOGA SELAMAT BERSARA DARI DUNIA LAKONAN..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama