“Nak Mohon Kerja Atau Nak Berkenalan?”, Ini Antara Kesalahan Ketika Email Permohonan Kerja.

Trending

“Nak Mohon Kerja Atau Nak Berkenalan?”, Ini Antara Kesalahan Ketika Email Permohonan Kerja.

6 hari lepas saya ada buka kerja kosong bahagian Kerani Akaun, dan sehingga status ini di update telah lebih 90 permohonan kerja diterima dan menghampir 100 permohonan kurang dari seminggu selepas tawaran kerja dibuka.

Advertisement

Kebiasaanya dari tahun-tahun sebelum ini, setiap kali ada tawaran kerja dibuka, memang selalu saya akan terima email permohonan kerja yang bagi saya “salah tak ikut format” untuk memohon kerja yang betul.

Bila menerima email seperti ini, saya dan admin akan asingkan atau bahasa mudahnya akan abaikan permohonan seperti ini kerana bagi saya di peringkat awal lagi anda dah tunjukkan tidak kesungguhan anda untuk memohon kerja.

Untuk kali ini saya rasa kesian dan sedih, mana tidaknya dari 90 lebih permohonan yang saya terima, hampir 30 email yang *salah, tidak mengikut format memohon kerja yang betul.

Hari ni saya rajinkan diri, satu demi satu email saya print screen untuk dijadikan contoh kepada anda yang akan memohon kerja, mungkin tidak hari ini anda memohon kerja, di masa akan datang saya harap status ini berguna untuk anda.

LIHAT SATU PERSATU GAMBAR DIBAWAH:

No 1: Hanya send resume sahaja tanpa ayat, tanpa mukadimah, ingat apa?

No 2: Selalu saya terima macam ni, dalam subject mohon jangan tulis panjang-panjang. Subject fokus dia hanya untuk tulis “Nama Jawatan Yang Anda Ingin Mohon”

No 3: Sama macam masalah no 1, hanya send resume tanpa sebarang ayat. Kalau anda send kepada 10 syarikat sekali pun dengan cara macam ni, silap-silap 1 syarikat pun tak panggil anda untuk interview. Kenapa? kerana orang lain punya email lebih kemas dan lebih bersungguh nak mohon kerja.

No 4: Subject dah ada, mukadimah dah ada, cuma rajin-rajinkan la jari jemari tu untuk menaip panjang sikit, tulis nama penuh, sekarang study di mana, barulah kemas email.

No 5: Bagus ada usaha masa send email, tapi sayang tak jaga dari segi kekemasan, tolong tekan “enter” supaya email ini nampak lebih kemas.

No 6 dan 7: Hantar resume macam ni nak berkenalan dengan saya ke?

OK CUKUP DENGAN KESALAHAN FORMAT EMAIL MEMOHON KERJA.

Saya sertakan sekali contoh-contoh gambar email yang anda boleh jadikan rujukan, anda cuma perlu ubah kepada nama anda, univeristi

SAYA BANTU LAGI, IKUT SAHAJA FORMAT DIBAWAH NI:

1. Alamat E-mel Professional

Mohon sangat untuk anda gunakan email yang nampak professional, bukan email yang berbelit belit lidah nak baca, lepas tu siap ada cayunk-cayunk @gmail lagi adeh.

2. ‘Subject Header’

Bagi saya ini penting, mohon gunakan “Subject di email” untuk tulis apa tujuaan anda send email, jika tujuaan anda untuk apply kerja, tulis jenis jawatan yang anda ingin mohon.

3. Isi Kandungan E-mel

Yang ni ramai abaikan, kome ingat cukup dengan hanya send resume tanpa satu ayat pun?

Biasakan tulis,

Pengenalan diri secara ringkas,
Pengalaman praktikal/kerja,
Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
Butiran untuk dihubungi, dan

4. ‘Recommendation Letters’

YANG NI BONUS KALAU ADA,

‘Recommendation Letters’
Surat sokongan bertulis dari majikan tempat anda pernah pratikal / latihan industri).

Selepas anda ikut apa yang saya tulis ini, berserah dan berdoa kepada Allah, moga-moga syarikat yang anda mohon kerja terbuka hati untuk panggil anda interview.

Akhir kata,

Semoga dengan adanya status ini, saya harap tidak lagi anda send permohonan kerja yang salah.

Ada ke yang baca sampai habis?
Kalau ada Alhamdulilah.

Moga bermanfaat.

Muhammad bin Jantan
Anak Muda Yang Tengah Mencari Kerani Akaun

Selepas ini, jika nak buat permohonan kerja melalui e-mel, ada baiknya ikut cara atau format yang betul, supaya bakal majikan lebih lembut hati.

Kredit : Muhammad bin Jantan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...