Nak Mohon Bantuan Moratorium? Ikuti 3 Cara Ini

Trending

Nak Mohon Bantuan Moratorium? Ikuti 3 Cara Ini

Bagi semua individu yang terjejas berikutan pelaksanaan perintah berkurung penuh, tahu tak korang dah boleh membuat permohonan moratorium bermula harini?

Moratorium selama enam bulan telah dipersetujui oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama rangkaian bank lain. Sekiranya korang ingin membuat permohonan, sila ikuti 3 cara dibawah:

Advertisement

Isi borang melalui laman web

Korang boleh pergi ke laman web bank yang berkaitan untuk membuat permohonan.

  • Klik pada borang yang dipaparkan pada laman web bank
  • Isi maklumat peribadi dan pembiayaan
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  • Klik butang hantar dan bank akan membuat pengesahan penerimaan

Berhubung melalui e-mel

Ini dia proses sekiranya korang ingin membuat permohonan melalui e-mel.

  • Kunjung ke laman web bank anda
  • Klik pada pautan e-mel
  • Isi butiran peribadi dan pembiayaan
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  • Klik butang hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan permohonan.

Panggilan telefon ke khidmat pelanggan bank

  • Hubungi pusat khidmat pelanggan bank berkaitan
  • Operator akan cuba membimbing anda sepanjang proses permohonan.
  • Anda perlu sabar dan mungkin perlu tunggu lama kerana kadar panggilan dipercayai amat tinggi.
    Permohonan moratorium dibuka bermula hari ini 7 Julai 2021.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke https://www.bnm.gov.my/RA ni ya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...