Sedia maklum, kafe sekarang ini merupakan tempat tumpuan orang ramai meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan, malah kini ia juga dijadikan sebagai lokasi mengambil gambar, lagi-lagi kalau dekorasi kafe tersebut unik serta menarik.
Di kawasan Lembang Klang ini sendiri sudah terdapat pelbagai kafe yang boleh anda kunjungi, bukan saja menikmati makanan yang sedap tetapi dapat mengambil gambar untuk dimuatnaik ke laman media sosial sebagai OOTD tau!
Terdapat beberapa buah kafe hipster ataupun Instagrammable yang dipenuhi pelbagai tema menarik dan unik, ia termasuklah:
1. Kafe KUEH, Shah Alam
Jika ada yang ingin menikmati kuih-kuih tradisi Melayu, singgahlah kafe KUEH ini sebabnya ia bertemakan Melayu serta mereka menyediakan hampir 40 jenis kuih yang boleh anda nikmati. Bukan itu saja, menu Melayu lain seperti laksam, nasi lemak, nasi hujan panas, lempeng dan pelbagai juga turut dihidangkan.
Kafe ini mempunyai dua bahagian iaitu luar dan dalam bersertakan penghawa dingin serta dihiasikan dengan mural pada dinding untuk mengambil gambar.
2. Kafe Provision, Damansara
Kafe ini kalau nak lagi best datang waktu pagi kerana mereka menyediakan menu hidangan kecil dan simple-simple saja macam roti hasil buatan sendiri, pelbagai jenis ada seperti sandwich, roti bakar, sourdough dan lain-lain.
Apa yang membuatkan OOTD anda lebih menarik adalah kecantikan kafe ini tersendiri yang elegen dan sangat minimalis. Di hadapan kedai ini dicat dengan warna oren terang, pasti gambar OOTD anda akan ‘meletop’ dalam media sosial!
3. Kafe BUKKU, Klang
Senibina kafe ala-ala di negara Jepun ini sendiri sudah menarik perhatian ramai untuk datang dan meluangkan masa di sana serta mengambil gambar-gambar bertemakan asthetic.
Disebabkan nama kafe ini sendiri adalah ‘Bukku’, maka hiasan dalaman kafe ini dipenuhi dengan rak buku kayu serta hiasan kopi yang dibalut cantik. Makanan wajib yang perlu anda makan ketika datang kesini adalah Salted Egg Croissant yang menjadi hidangan terlaris disana.
4. Lisette’s Cafe and Bakery, Bangsar
Perkara yang membuat kafe ini pilihan utama golongan muda menjadikan ia tempat untuk bertemu dengan rakan kerana dekorasi kafe ini sangat menarik perhatian. Ruang masuknya yang seperti taman dalam bandar, dinding dipenuhi bunga, teduh dan sejuk menjadikan ia tempat yang sesuai untuk ber OOTD.
5. Little Salty Cafe, Ampang
Kafe unik yang terletak di Bukit Ampang ini menawarkan sesuatu yang tak semua kafe mampu tawarkan iaitu pemandangan seluruh Kuala Lumpur yang membolehkan anda lihat suasana ibu kota kita.
Jika mahukan suasana yang romantis sambil tengok langit malam Kuala Lumpur, kafe ini adalah pilihan paling terbaik!