Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi tampil menegur orang ramai agar tidak terlalu taksub atau berlebihan dalam meminati seseorang artis.
Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menasihati peminat supaya bersikap sederhana dan tidak cepat melatah apabila membincangkan isu yang melibatkan selebriti.

Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, achik-achik semua, minat dekat sesiapa pun, jangan berlebihan. Artis-artis tu tak hairan pun.
Mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing. Sikit-sikit sudah lah.
Abby turut menegur segelintir individu yang tersalah tafsir dengan kenyataannya sehingga bertindak mencaci dan menghina di media sosial.
Ini orang cakap lain, pasal empati, belas ihsan, dia faham lain. Lepas tu melenting, sampai caci hina kita pula, dah kenapa?
Saya archive sebab macam-macam komen dah masuk, sampai ada yang meloncat-loncat pun ada. Jauh sangat pemahaman masing-masing. Risau.
Teguran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Abby dan menganggap ia satu peringatan yang wajar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
