Pengurus kepada pelakon jelita Wanna Ali, Yaya tampil memberi respon setelah wujud dakwaan fitnah yang mengatakan majikannya itu ada berbalas mesej mesra dengan aktor Fattah Amin.
Maklum Yaya, pihak mereka tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu sehinggalah ia menjadi viral di media sosial.
Bagaimana cerita ini boleh ada sedangkan kami sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya. Macam mana Wanna hendak mesej Fattah kalau nombor telefon Fattah pun tak ada.
Kami abaikan sahaja perkara ini sebab hanya heboh di Facebook. Ini bermakna khalayak pun tak ambil pusing.
Terdahulu, tular di sebuah akaun TikTok di mana pengendali akaun tersebut meletakkan foto Wanna, Fattah dan Fazura dengan tajuk ‘WhatsApp rakan kerja perlu ada emoji love ke? – Fazura’.
Wanna kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan ia adalah fitnah semata-mata selain mengesahkan hubungannya bersama Fazura baik-baik sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.