Penyanyi Hael Husaini yang baru sahaja melancarkan single berjudul ‘Bujang’ mengakui sudah lama teringin untuk berkahwin dan berkeluarga.
Pemilik nama Hal Husaini Razmi,33, ini berkata lagi dia tidak berasa tertekan melihat rakan-rakannya yang lain sudah berkahwin dan mempunyai anak namun mengakui ingin merasa sendiri pengalaman berkeluarga dan berharap dapat bertemu dengan jodoh yang baik.
“Tak la tertekan tapi kadang-kadang nak merasa juga sebenarnya. Sebab umur pun dah meningkat. Tapi tak salah pun nak jadi bujang. Cuma saya tengok kawan-kawan dah bertunang, dah berkahwin dah sebagainya. Saya yang umur meningkat ni bila tengok yang lain (kawan-kawan) buat saya terfikir seronoknya hidup berkeluarga,”
Yakin akan ketentuan tuhan mengenai soal jodoh, Hael berkata dia kini hanya perlu mencari dan berdoa semoga dipertemukan dengan pasangan yang serasi dan terbaik untuk dirinya.
Hael sebelum ini menafikan gosip mengatakan dia akan bertunang dengan penyanyi Dayang Nurfaizah,39, dalam masa terdekat. Menurutnya, dia bakal mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya apabila sudah tiba masanya.
Sumber : mStar Online