Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin) tampil memberi maklum balas berhubung isu tular membabitkan sebuah keluarga yang didakwa mencuba sikat rambut di premis pasar raya tersebut.
Menerusi satu video di TikTok, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pemilik Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin menegur tindakan itu dengan menekankan pentingnya menjaga kebersihan.
Kami memohon kerjasama semua pelanggan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sensitiviti produk.
Inilah dia, kita nak suka sikat rambut tapi janganlah dekat Mydin atau kat mana-mana saja. Inikan cerita hygiene (kebersihan), jadi nak menyikat tak salah, tapi belilah sikat tu dulu.
Terdahulu, tular rakaman yang memaparkan telatah sebuah keluarga cuba menggunakan sikat rambut Mydin tanpa membuat pembelian.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang rata-rata kurang senang dengan tindakan tersebut kerana dianggap tidak menjaga kebersihan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.