“Nak Melawa Untuk Suami Dekat Rumah Lah, Ni 1 Malaysia Dia Belanja” – Yonnyboii Kena ‘Sekolah’ Dengan Netizen

Trending

“Nak Melawa Untuk Suami Dekat Rumah Lah, Ni 1 Malaysia Dia Belanja” – Yonnyboii Kena ‘Sekolah’ Dengan Netizen

Baru-baru ini, nama penyanyi Yonnyboii turut terpalit selepas isterinya, Nik Nazira tampil berimej seksi dan mendapat kritikan ramai netizen di media sosial.

Perubahan imej Nik Nazira yang mempunyai lebih 59,000 pengikut di Instagram itu mengejutkan ramai apabila dia sebelum ini dikenali sebagai seorang influencer berhijab.

Advertisement

2 years ago

"Dia Melawa Untuk Saya" - Tak Kisah Isteri Pakai Seksi, Yonnyboii Harap Netizen Tak 'Menyibuk' Hal Rumah Tangga

Yonnyboii bagaimanapun tampil memberi penjelasan dan berkata dia sebagai suami tidak kisah dengan imej yang digayakan isteri kerana ia hanyalah untuk dirinya.

Saya tak ada masalah pun dengan imej dia. Bagi saya, biarlah dia nak melawa. Sebab dia nak melawa pun untuk saya. I like it. Insya-Allah nanti dia akan berubah juga.”

Jelas penyanyi lagu Sakit itu lagi, orang luar tidak perlulah menjaga tepi kain dia dan isteri serta ambil tahu bagaimana dia mendidik isterinya.

Meskipun begitu, penjelasan Yonnyboii tidak mendapat sambutan yang baik daripada warganet di Facebook di mana rata-ratanya berpendapat jika isterinya melawa untuknya, tak perlulah upload di media sosial.

Kata mereka, jika orang lain boleh nampak aurat itu kerana dimuat naik di Instagram atau TikTok, bermaksud ia bukanlah lagi ‘melawa untuk suami’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...