Sekali lagi menjadi fenomena, filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof menjadi bahan bualan netizen apabila naskah tersebut telah mula ditayangkan di saluran berbayar Netflix di Malaysia mulai 16 September lalu.
Antara kritikan netizen adalah ada yang menganggap filem tersebut sebagai terlalu ‘over’ atau dengan kata lain ‘overrated’ dari segi skrip dan sinematografi.
Namun, bagi Syamsul, segala kritikan yang diterimanya itu dianggap sebagai sesuatu yang normal.
Ada suka, puji melambung. Hina pun ada. Jadi, tenang-tenanglah. Apa pun Alhamdullilah. Saya dah lama buat filem dah ‘masak’. Filem ni biasalah. Apa yang penting majoriti penonton suka, saya bersyukur.
Tambahnya lagi, dia sebagai penggiat seni tidak mudah untuk berasa puas hati dan akan terus memperbaiki karya terbitannya dengan perlahan-lahan.
Kata Syamsul, dia menerima banyak mesej daripada peminat seluruh dunia seperti Jerman, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Australia yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Mat Kilau.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, suami kepada Puteri Sarah Liyana ini juga menzahirkan rasa syukur apabila ramai pihak dan wakil filem dari pelbagai negara yang mendambakan naskah arahannya selepas ini.
“Alhamdullilah, selepas kejayaan filem ini ada agen dari negara lain yang mula berminat dengan filem saya, jadi saya bersyukur.” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.