“Nak Mati, Matilah Seorang Dirilah”, 2 Bikers Merokok Di Stesen Petronas Dikecam Netizen

Trending

“Nak Mati, Matilah Seorang Dirilah”, 2 Bikers Merokok Di Stesen Petronas Dikecam Netizen

Tindakan ‘bodoh’ dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai warga asing merokok di sebuah stesen minyak di RnR Ayer Keroh, telah cetus kemarahan netizen.

Advertisement

Gambar dua lelaki berkenaan dimuat naik oleh Noel Silas di laman Facebook yang mendakwa, dua lelaki berkenaan bertindak biadab apabila ditegur agar jangan merokok di kawasan stesen minyak.

“Dua bikers ini merokok di stesen minyak. Kakitangan Stesen Petronas menegur dan meminta dua individu ini tidak merokok di kawasan larangan, namun tidak diendahkan. Malah dibalas pula dengan isyarat lucah,” katanya.

Neol berkata, pihak stesen minyak sepatutnya menguatkuasakan larangan itu dengan lebih tegas. Namun beliau dimaklumkan bahawa sudah banyak kali kakitangan stesen menegur tindakan beberapa pengunjung yang merokok di kawasan larang itu, malangnya tidak diendahkan.

“Mereka (kakitangan) sudah malas nak menegur sebab tiada sesiapa yang akan patuh mahupun mendengarnya,” katanya.

Noel hanya sempat merakam gambar dua lelaki berkenaan dan tidak sempat mencatitkan nombor pendaftaran motosikal berkuasa tinggi mereka kerana jumlah kehadiran mereka di stesen itu agak ramai, dan dalam masa yang sama dia perlu beredar segera kerana ada urusan lain.

*Dua bikers ditegur agar tidak merokok di kawasan stesen minyak, namun dibalas dengan middle finger.*

Netizen turut mengecam tindakan dua lelaki berkenaan yang dianggap telah mencemarkan imej bikers tempatan.

“Dia ingat dia ada motor besar, dia boleh besar kepala atau buat apa-apa saja yang dia suka? Kerana tindakan bodoh dua bikers ini, habis terpalit juga pada kumpulan bikers yang lain,” kata netizen.

Sumber : Noel Silas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...