Tular di media sosial baru-baru ini mengenai kegiatan individu yang menawarkan servis ‘DIY’ menambah bunga pada tayar lama di lori sekaligus mengundang perasaan tidak puas hati netizen.
Dalam hantaran video itu, seorang individu dirakam sedang sibuk mengukir corak seperti tayar baharu pada lapisan dasar tayar yang haus.
Meskipun terlihat baru, tayar tersebut amatlah tidak selamat untuk digunakan kerana tiada cengkaman seperti tayar yang baru.
Sekadar info, ‘tyre retreading’ ini kebiasaannya dilakukan kerana kos untuk mengganti tayar baru adalah sangat mahal.
Buat bunga sendiri ? Macam mana la tak terbabas la , tayar meletup semua 😨 pic.twitter.com/w0ElsoTdaF
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) July 15, 2024
Pemandu-pemandu lori menggelarkan tayar ini sebagai tayar celup.
Perkongsian video itu telah membuatkan netizen berang dan panas hati kerana ia boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
“Sebab inilah punca kemalangan. Hilang kawalan lah, brek tak makan, tayar pecah. Pastu nyawa yang tak bersalah hilang macam tu je” komen seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.