“Nak Masuk Syurga Senang, Jadi Isteri Yang Taat Tapi..” – Reda Bermadu, Ezlynn Dedah Suami Sudah Nikahi Doktor Berumur 26 Tahun

Hiburan

“Nak Masuk Syurga Senang, Jadi Isteri Yang Taat Tapi..” – Reda Bermadu, Ezlynn Dedah Suami Sudah Nikahi Doktor Berumur 26 Tahun

Dedah penyanyi Ezlynn Ariffin, suaminya, Wan Mohd Hafizam telah pun berkahwin dengan seorang wanita berumur 26 dan bekerjaya sebagai doktor pada Mac tahun lalu.

Kini pegang status isteri pertama

Menurut Ezlynn, kini dirinya memegang status sebagai isteri pertama selepas suami menceraikan dua isteri sebelum itu.

Advertisement

Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)

Terbuka hati terima poligami selepas dengar ceramah agama

Biarpun pernah dimarahi kaum wanita susulan mahu mencarikan madu buat suami sebelum ini, Ezlynn mempunyai pandangan bahawa suami bukan hak milik dirinya saja dan jika dengan berpoligami boleh mengharmonikan keluarga tiada salahnya disitu.

Malah, penyanyi itu memberitahu dia mula terbuka hati untuk terima poligami selepas mendengar ceramah agama yang menyentuh hatinya.

Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah.

Sekadar info, Ezlynn sebelum ini pernah memberitahu mahu mencari isteri baru buat suami tercinta sebagai saham akhirat.

pinangkan madu untuk suami
3 years ago

"Poligami Itu Lebih Indah" - Pinangkan Madu Untuk Suami, Isteri Pertama Akui Seronok Ada Kawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...