“Nak Masuk Pun Tak Boleh” – Gadis Kena ‘Body Shaming’ Masa Sarung Cincin, Respon Bakal Ibu Mentua Dipuji

Kehidupan

“Nak Masuk Pun Tak Boleh” – Gadis Kena ‘Body Shaming’ Masa Sarung Cincin, Respon Bakal Ibu Mentua Dipuji

Setiap wanita pastinya mengimpikan majlis pertunangan dan pernikahan yang cantik, megah serta berjalan dengan lancar.

Namun, pasti ada saudara atau ahli keluarga yang terdekat yang merosakkan suasana hari bahagia dengan memberi kata-kata kritik mengenai majlis tersebut.

Advertisement

Begitulah yang dihadapi oleh seorang gadis dikenali sebagai Farhana apabila terdapat seorang tetamu yang agak berusia bertindak mengkritik tubuh badannya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Farhana menceritakan tetamu tersebut telah mempersoalkan mengenai saiz jarinya ketika sesi menyarungkan cincin pertunangan.

Nak masuk pun tak boleh.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah respon bakal ibu mentuanya yang tampil mempertahankan gadis berkenaan.

Boleh…

@farhananzm

Not at that sarung cincin moment, some makcik suddenly interrupted “Nak masuk pun tak boleh” but my future MIL replied by saying “boleh?” ??

? original sound – Nanananana ? – Nanananana ?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan tetamu tersebut dan meminta Farhana untuk tidak menjemputnya lagi ke majlis persandingan.

Bukan itu sahaja, ramai pengguna media sosial mengatakan gadis itu sangat beruntung kerana mempunyai bakal ibu mentua yang baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Tular Pengantin Lelaki Beri Tiket Coldplay Sebagai Mas Kahwin, Mufti Bersuara - "Tidak Sah, Tiket Itu Mana Nilainya?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...