Nak Masak Ayam Masak Kicap, Tapi Bila Tuang Kicap Keluar Cicak Dari Botol Kicap Jenama Terkenal Ini. Gelinya!

Trending

Nak Masak Ayam Masak Kicap, Tapi Bila Tuang Kicap Keluar Cicak Dari Botol Kicap Jenama Terkenal Ini. Gelinya!

Semua pasti makan kicap kan bila menjamah nasi. Kicap pun memang dah sebati dengan masyarakat di Malaysia sebagai penambah rasa.

Advertisement

Namun apa yang terjadi pada Puan Nurul Azwa sunggguh menggelikan dan meloyakan. Beliau telah memuat naik gambar ekoran penemuan seekor cicak di dalam botol kicap yang dibelinya.

Baca aduan beliau di bawah:

“Kejadian hari ini (semalam). Selalu kena pada orang lain tetapi hari ini terkena pada diri. Terus rasa pening dan nak muntah semua pun ada.

“Konon nak masak resepi ayam masak kicap hari ini. Dah sediakan semua bahan-bahan bagai. Duk bagi ubi empuk, kemudian bila nak tuang kicap manis jenama terkenal ini, tengok-tengok ada bendasing di dalamnya. Bila diperiksa, CICAK!

“Habis lempar satu periuk punya lauk. Dapur pun tak berasap gara-gara penemuan cicak dalam botol kicap ini. Terpaksa makan nasi bungkus saja hari ini. Taubat tak nak beli kicap manis jenama ini,” katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...