Perkongsian baharu daripada pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, kini menjadi tumpuan ramai apabila dia dilihat bersama individu yang dikenali sebagai Hot Daddy.
Menerusi perkongsian tersebut, Zarina kelihatan berada di sebuah rumah bersama beberapa wanita di dapur sebelum menunjukkan kelibat Hot Daddy yang sedang duduk sambil khusyuk meneliti telefon bimbitnya.
Namun, video itu nyata mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata dilihat kurang senang dan ada yang memberikan komen sinis terhadap Zarina. Tidak berdiam diri, pelakon itu turut tampil memberikan respon kepada komen netizen berkenaan.
Untuk rekod, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah didakwa pada tahun 2024 atas tuduhan menjalankan aktiviti perkhidmatan persundalan menggunakan aplikasi X serta menjual video lucah.
Bagaimanapun, pada Disember tahun sama, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan Hasli Ikhwan bersama dua rakan wanitanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.