Tular di media sosial apabila pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri memuat naik satu hantaran bertanyakan sama ada nama “Bawal” boleh didaftarkan untuk cucunya.
Dalam hantaran tersebut, beliau dilihat meminta pandangan khususnya daripada individu yang bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung perkara itu.

“Siapa kerja JPN kat sini? Nak tanya sikit. Kalau saya nak namakan cucu saya Bawal boleh daftar ke atau tak boleh? Mohon pencerahan.”
Perkongsian itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, termasuk kritikan terhadap seorang individu yang cuba membantu menjawab persoalan tersebut.
@halizamaysuri Lagu raya paling syahdu tahun ini. #dayangnurfaizah
Ada yang berpendapat tindakan bertanya secara terbuka di platform media sosial berhubung perkara rasmi seperti penamaan anak sepatutnya dirujuk terus kepada pihak JPN bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat.
Namun begitu, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak JPN mengenai sama ada nama “Bawal” boleh diluluskan atau sebaliknya, memandangkan setiap permohonan nama tertakluk kepada garis panduan dan pertimbangan tertentu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
