Berita gempar semalam mengesahkan bahawa hubungan cinta antara pelakon Fattah Amin, 35, dan penyanyi Amira Othman, 32, akhirnya terjawab apabila kedua-duanya bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September ini.
Pengumuman itu semestinya membuatkan ramai peminat tersenyum sendiri dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini.
Pengumuman rasmi dibuat semasa majlis pelancaran video muzik rasmi single baharu Amira dan adiknya, Irfan Haris, bertajuk Rasa dan Takdir di Imperial Lexis pada 8 September lalu.
Anak kelahiran Skudai, Johor ini mula melonjak populariti dengan lagu Hati-Hati, dan sejak itu, suaranya terus menjadi pujaan ramai. Lagu terbarunya, Bila Nak Kahwin, kini telah mencecah 2 juta tontonan di YouTube.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama Majalah Pa&Ma, Amira yang ditemui di majlis NR GLAM Raya & pelancaran produk NERA Postnatal, berkongsi kisah menarik tentang kehidupannya sekarang, termasuk menjawab soalan popular setiap kali raya menjelma: “Bila nak kahwin ni Mira?”
Bila ditanya tentang jumlah anak selepas berkahwin, Amira tergelak terlebih dahulu, namun tetap sporting menjawab soalan media.
Sejujurnya saya tak kisah. Jantina pun tak kisah. Soalan tu jauh sangat ke depan, saya pun tak pernah terfikir. tapi sebab Pa&Ma tanya, saya jawab je la yang terfikir.
Tambahnya lagi:
“Saya pernah terfikir nak letak nama anak Muhammad Zaril. Tak tahu kenapa, tapi nama tu macam sedap didengar. Tapi tu la, tengok macam mana nanti, sebab belum kahwin lagi
Amira juga mengakui dia memang suka budak-budak kecil.
“Saya ada empat orang anak buah. Kadang tengok kakak mandikan anak dia, pegang pampers pun saya dah rasa sayu dan sayang sangat. Saya makcik yang sayangkan anak-anak buah saya,” katanya penuh kasih sayang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.