Sekali pandang macam tak percaya tetapi inilah beg koleksi terbaru Jacquemus’ new Le Petit Chiquito yang bersaiz sekecil duit syiling. Saiz beg ini yang tersangat lah kecil membuatkan ramai tertanya-tanya untuk apa sebenarnya beg ini direka.
Bukan sahaja nak letak duit syiling pun hanya muat-muat sahaja tetapi harganya juga boleh membuatkan anda tak senang duduk dibuatnya.
Jangan pandang rendah pada saiz beg ini kerana ianya dijual pada harga €215 (RM984)!
![Beg Jacquemus bersaiz mikro](https://i.postimg.cc/QNz8Qn83/470-LE-PETIT-CHIQUITO-PINK-010-1143x1600.jpg)
![Beg Jacquemus bersaiz mini](https://i.postimg.cc/Sx7YrdfB/360-LA-CHEMISE-MONCEAU-PINK-015-1143x1600.jpg)
Rekaan beg bersaiz mikro ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tidak sangka ianya adalah sekecil itu.
![Screenshot komen di Facebook](https://i.postimg.cc/FKSc2S3v/Screenshot-370.png)