Nak Lakukan Ibadah Qurban Di Kala PKP? Ini Cara Paling Selamat, Mudah & Jimat

Hiburan

Nak Lakukan Ibadah Qurban Di Kala PKP? Ini Cara Paling Selamat, Mudah & Jimat

Pejam celik pejam celik, Hari Raya Aidiladha bakal tiba tidak lama lagi. Ini bermakna musim Qurban sudah tiba dan umat Islam yang berkemampuan sangat-sangat digalakkan menyempurnakan ibadah ini.

Namun pasti ada yang bimbang dengan keselamatan dari segi kesihatan, terutamanya sepanjang PKP ini. Oleh kerana itu, hari ini kami nak kongsikan satu cara melakukan Qurban dengan selamat, mudah dan jimat bersama dengan Zabeeh Services Sdn Bhd.

Advertisement

zabeeh qurban

Telah berpengalaman selama 12 tahun menguruskan ibadah Qurban dan Aqiqah, Zabeeh memudahkan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk melakukan ibadah qurban dan juga aqiqah buat saudara-saudara kita di luar negara. Untuk makluman, pada tahun 2019 sahaja, Zabeeh telah menguruskan ibadah Qurban untuk 2663 peserta dengan cekap, pantas, sempurna dan pada harga yang amat berpatutan. Satu angka yang cukup mengkagumkan. Lagi best, pendaftaran untuk ibadah Qurban ini boleh dilakukan secara atas talian di www.zabeeh.com.my, sekaligus memastikan kesihatan kita lebih terjamin. Jangan risau bab kesempurnaan ibadah, insya Allah semuanya akan dipastikan mematuhi syariah oleh team Zabeeh.

zabeeh qurbanzabeeh qurban

Seperti yang kita tahu, umat Islam di negara seperti Indonesia, Myanmar, Filipina, Kemboja, Bangladesh, Tanzania dan Thailand. tidaklah bernasib baik seperti kita. Ada yang hidup di dalam kedaifan serta kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Setahun boleh kira berapa kali mereka makan makanan seperti daging lembu dan kambing. Peka dengan masalah ini, Zabeeh Services Sdn Bhd menyediakan peluang untuk kita melaksanakan ibadah qurban serta akikah luar negara dengan cara mudah, murah dan mengikut shariah bagi membantu umat-umat Islam di negara tersebut.

zabeeh qurbanzabeeh qurban

Seperti yang kita semua sedia maklum, sebaik-baik qurban adalah di tempat sendiri tetapi jangan sampai tak buat langsung kerana Hari Raya Qurban setahun sekali sahaja dan ibadah ini adalah Sunat Muakkad iaitu Sunat yang sangat digalakkan. Oleh kerana PKP yang sedang berlangsung, mungkin ramai yang tidak dapat melakukan ibadah ini di dalam negara, jadi apa salahnya kita sempurnakannya bersama Zabeeh. Ini antara kelebihan melakukan ibadah Qurban bersama Zabeeh:-

  1. Harga yang mampu (1 bahagian lembu RM290, 1 ekor kambing RM580 & 1 ekor lembu RM2,030)
  2. Tempahan boleh dilakukan secara online menerusi laman web www.zabeeh.com.my atau melalui WhatsApp
  3. Ada sijil pengesahan qurban yang dilakukan. Di dalam sijil dinyatakan tempat dan tarikh ibadah qurban dilakukan.
  4. Dapat memberi peluang buat umat Islam di luar negara merasai daging qurban
  5. Dapat rebut peluang ganjaran ibadah qurban oleh kerana harga haiwan qurban di dalam Malaysia agak mahal dan terhad terutama musim PKP ini.

Ok teruja nak rebut pahala melakukan ibadah Qurban ini? Kena cepat sebab tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 Julai ini. Korang boleh melakukan pendaftaran menerusi salah satu cara di bawah:-

1. Layari laman web Zabeeh

2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.

3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 atau klik link ini untuk terus WhatsApp:

4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

zabeeh qurban

Senang kan? Insya Allah sama-sama kita ambil peluang melakukan ibadah ini selagi termampu. Abang Nara setakat ini Alhamdulillah memang tiap-tiap tahun dapat menyempurnakan ibadah ini bersama Zabeeh. Servis diorang memang first class. Korang pun silalah cuba. Maklumat lanjut di laman rasmi Zabeeh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...