Nak Lakukan Ibadah Korban Tapi Tak Tahu Macam Mana? Ini Cara Yang Paling Mudah, Pantas & Jimat

Hiburan

Nak Lakukan Ibadah Korban Tapi Tak Tahu Macam Mana? Ini Cara Yang Paling Mudah, Pantas & Jimat

Dalam tempoh tak sampai sebulan, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Cepat sungguh kan masa berlalu? Bila disebut Hari Raya Aidiladha atau turut dikenali dengan nama Hari Raya Haji ini, perkara wajib yang terlintas di kepala ialah ibadah korban.
ibadah korban

Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan, ibadah korban sangat dituntut untuk dilakukan. Kenapa? Ini antara sebab-sebabnya:-

Advertisement

1. Bersyukur kerana dipanjangkan umur

Insya Allah tahun ini kita akan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menyambut hari kebesaran ini. Bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan hidup dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Ertinya selagi tidak mati, disunatkan melakukan korban pada setiap tahun jika mampu melakukannya.

2. Bersyukur atas limpahan kurniaNya

Umur yang panjang, rezeki yang banyak, akal yang sihat, keluarga yang bahagia dan juga segala kesenangan yang kita perolehi di dunia ini semua adalah daripadaNya. Kalau nak kira satu-satu limpahan kurniaNya, memang tak akan habis. Sebab itulah kita melakukan ibadah korban, sebagai satu tanda kesyukuran atas segala nikmat yang diberi.

3.Berkongsi rezeki dengan golongan yang tak mampu

Apabila kita melakukan ibadah korban, ia membawa makna kita berkongsi rezeki dengan ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat setempat dan juga golongan fakir dan miskin.

Insya Allah tahun ini, seperti tahun lepas, Abang Nara akan turut sama melakukan ibadah korban menerusi Zabeeh Services Sdn Bhd.

ibadah korban

Zabeeh Services Sdn Bhd ini menyediakan khidmat akikah dan korban di negara-negara umat Islam yang kurang bernasib baik seperti Myanmar, Pakistan, India, Kemboja, Bangladesh dan Filipina. Ribuan umat Islam Malaysia dah cuba perkhidmatan Zabeeh Services ini dan kesemuanya berpuas hati. Harga jauh lebih murah membolehkan lebih ramai melakukan ibadah korban, sijil disediakan sebagai tanda korban telah dilakukan serta mereka yang terlibat dalam ibadah ini sangat berpengalaman dan profesional.

ibadah korban
Seperti yang tertera dalam gambar di atas, sebahagian lembu cuma RM300 dan seekor kambing cuma RM580. Insya Allah dengan harga sebegini, kita akan dapat berkongsi rezeki dengan umat-umat Islam luar negara yang kurang bernasib baik. Meh sini Abang Nara kongsikan sijil pengesahan ibadah korban tahun lepas yang telah Abang Nara lakukan dengan Zabeeh Services.

ibadah korban

Hati pun lebih tenang kerana tahu ibadah kita telah selamat dilakukan dengan adanya sijil ini. Jadi izinkanlah Abang Nara berkongsi cara-cara untuk melakukan ibadah korban/akikah bersama Zabeeh Services Sdn Bhd.

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

ibadah korban Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki serta melahirkan rasa kesyukuran atas segala nikmatNya dengan melakukan ibadah korban/akikah bersempena Hari Raya Aidiladha ini. Semoga apa yang kita lakukan mendapat pahala dan dapat membantu umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...