Seorang pengguna media sosial semalam ada berkongsi pengalamannya berjumpa doktor di sebuah klinik kerana merasa tidak sihat dan ingin mendapatkan ubat-ubatan.
Dalam perkongsian pemuda di Twitter bernama @AkeemShryzal ini, dia terkejut kerana diberikan satu peket kecil bunga cengkih oleh doktor bertugas setelah selesai mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Pergi klinik ingatkan dapat ubat batuk, sekali doktor bagi bunga cengkih soh rendam ? real ni gais. pic.twitter.com/OuQQ7zlxMC
— keem (@AkeemSharyzal) March 4, 2022
Malah, doktor itu sempat memberi pesanan kepadanya agar memasak air panas dan jangan lupa untuk mencampurkan beberapa biji bunga cengkih bagi tujuan menghilangkan masalah batuk yang dihidapinya.
Pergi klinik ingatkan dapat ubat batuk, sekali doktor bagi bunga cengkih suruh rendam. Real ni guys.
Yang paling lawak doktor ni borak macam kawan-kawan kat kedai mamak, “ko makan je benda alah ni, taruk sikit air panas” kalau nak lagi real ko gigit je, dia cakap macam tu.
Kata Akeem, doktor tersebut diibaratkan sebagai seorang yang bersahaja dan kelakar kerana menganggap pesakit seperti rakan-rakannya sendiri.
Perkongsiannya itu turut membuatkan netizen terhibur dan rata-rata memuji tindakan doktor tersebut yang masih mempertimbangkan cara tradisional dalam merawat penyakit.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka meminum air rendaman bunga cengkih ketika dijangkiti COVID-19 atau sekadar batuk-batuk.
Sememangnya berkesan, Akeem walaubagaimanapun menjelaskan bahawa dia tetap menerima ubat-ubatan lain seperti ubat radang, ubat batuk dan juga antibiotik sebagai penawar.