“Nak Kutuk Nak Hina Saya Reda, Cuma Janganlah..” – Bergaya Ikut Trend, Qistina Raisah Balas Komen Netizen

Hiburan

“Nak Kutuk Nak Hina Saya Reda, Cuma Janganlah..” – Bergaya Ikut Trend, Qistina Raisah Balas Komen Netizen

Baru-baru ini, pelakon Qistina Raisah tampil membalas kontroversi yang tular tentang penampilannya yang dikatakan ‘daring‘ kerana sering terlihat dengan pengayaan baju dan warna rambut lain dari yang lain.

Jadi diri sendiri

Menurut Qistina, dia tidak kecil hati dengan isu tersebut kerana memang sudah selesa menjadi diri sendiri. Katanya, jika ada yang mempersoal gayanya, Qistina akan menjelaskan bahawa dirinya memang suka mencuba sesuatu yang baru.

Advertisement

Saya okay je. Mungkin ada yang cakap saya tiru orang, tapi sebenarnya saya jadi diri sendiri. Kalau orang tanya kenapa warna rambut saya akan jawab saya suka warnakan rambut.

Respon ibu Qistina

Pada masa yang sama, ibu kepada aktres muda ini, Roszana Aminuddin berkata dirinya tidak kisah dengan kontroversi yang tular tentang anaknya itu namun berharap orang ramai tidak melampaui batas.

Tambahnya, dia tidak mahu menghalang anaknya melalui fasa remaja dan ingin mencuba sesuatu yang lain kerana baginya, cukup dia menasihati anak gadisnya itu tentang yang baik dah buruk.

Netizen tak kisah mereka nak cakap apa kan. Kita pun kadang-kadang tak suka dan geram je bila dia asyik nak warna rambut je.

 

Tapi biarlah dia mencuba dulu zaman remaja dia. Sebagai ibu saya tetap tegur dia mana yang baik dan tidak baik.

 

Nak kutuk nak hina saya reda je cuma janganlah kasar-kasar. Kita pun ada perasaan, ada hati. Sayu hati bila orang hina melampaui batas.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

qistina raisah
8 months ago

"Jangan Bandingkan Anakku Dengan Anak Orang Lain, Jangan Kata Apapun Tentang Anakku" - Ibu Qistina Raisah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...