Melalui laporan CNN Indonesia, kini, pihak berkuasa di Bali, Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar cukai pelancongan dan mengenakannya secara harian buat pelancong asing, termasuk rakyat Malaysia.
Bali akan kenakan cukai pelancongan RM446 sehari?
Difahamkan, beberapa pemimpin Bali mahu mengikuti model Bhutan, di mana ia menggenakan caj USD100 (RM446) sehari kepada pelancong asing dewasa.
Tujuan utama mereka mahu melakukan perkara ini kerana mahu mengurangkan pelancong bajet atau ‘backpaker’ yang dikenali oleh penduduk tempatan itu sebagai ‘Turis sandal jepit’.
Menurut Ketua Bali Marginal Tourism Alliance, sistem yang mereka bincangkan ini akan membantu meningkatkan kualiti pelancongan di pulau berkenaan.
Mahu pelancongan di pulau lebih berkualiti, penduduk tempatan setuju
Sudah tiba masanya pulau ini beralih ke arah pelancongan berkualiti dengan memperkukuh kualiti destinasi dan sumber manusia.
Buat pelancong Malaysia, sistem baru ini pastinya merupakan satu cabaran kerana sebelum ini pelancong asing hanya perlu membayar cukai pelancongan sebanyak IDR150,000 (RM40) sekali sahaja tetapi dengan cadangan terbaru ini, kos melawat pulau ini akan mendadak dengan sangat ketara.
Bahkan, cadangan ini turut dipersetujui oleh penduduk tempatan yang merupakan pemilik perniagaan kecil kerana mereka merasakan pelancongan bajet amat merugikan mereka kerana tidak banyak berbelanja.