Nak Kulit Licin Tanpa Bintik Hitam Dan Parut Jerawat? Amalkan Rutin Skin Care Ini Setiap Hari

Branded

Nak Kulit Licin Tanpa Bintik Hitam Dan Parut Jerawat? Amalkan Rutin Skin Care Ini Setiap Hari

Penjagaan kulit merupakan satu perkara yang dititikberatkan oleh golongan wanita yang ingin tampak yakin dan cantik. Jadi, tak hairanlah kalau mereka banyak meluangkan masa untuk belajar tips penjagaan kulit agar kulit tampak licin dan gebu.

Tidak keterlaluan jika kami katakan demi kulit yang cantik ala-ala gadis Jepun, mereka tidak kisah menghabiskan wang di farmasi atau butik kecantikan.

Kalau anda nak tau, rahsia untuk kulit yang cantik bak mochi ialah anda perlu tambah satu rutin dalam penjagaan kulit iaitu Hada Labo Whitening Water Gel.

 

Kulit Kekal Licin Dan Gebu dengan Hada Labo Whitening Water Gel

Produk daripada Hada Labo ini memang tak disangkal lagi merupakan produk yang bagus dan terbukti berkesan dalam rutin penjagaan kulit wanita.

Bukan itu sahaja, kalau anda mempunyai masalah jerawat atau parut, anda tak perlu risau lagi sebab Hada Labo dapat membantu untuk mengurangkan kesan parut serta mengembalikan keyakinan pada diri anda. 

Hada Labo Whitening Water Gel ini mengandungi 3 formulasi pencerahan yang bagus iaitu Niacinamide, alpha-Arbutin dan Vitamin C yang mana dapat melembapkan dan melicinkan kulit anda. 

Selain itu, untuk memastikan kulit anda sentiasa hidrat, terdapat 2 jenis asid Hyaluronik yang dapat memberikan hidrasi pada kulit yang mengandungi ekstrak tumbuhan untuk mengawal sebum berlebihan dan mengecilkan liang pori anda. Wow! 

Tekstur gel produk ini sangat ringan dan senang untuk  menyerap ke dalam kulit  serta tidak melekit.

Anda juga tak perlu risau kalau ada masalah kulit yang sensitif sebab produk ini tidak mengandungi sebarang alkohol, pewarna, pewangi, minyak mineral dan derivatif haiwan. Jadi, ia  selamat untuk digunakan.

Cara penggunaannya senang sahaja, Hada Labo Whitening Water Gel boleh diaplikasikan pada wajah selepas anda memakai pelembap untuk keberkesanan yang optimum.

Untuk mendapatkan kulit yang cerah dan gebu seperti kuih mochi, kami suggest anda untuk cuba sendiri Hada Labo Whitening Water Gel.

Untuk kesan yang optimum, gunakan rangkaian lengkap Hada Labo dalam dalam rutin kecantikan seharian. 

Anda boleh dapatkan produk ini di Watsons yang berdekatan. Untuk info, layari Hada Labo Malaysia atau ikuti sosial media MY Hada Labo dan kunjungi Favful untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk serta review jujur daripada pelanggan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...