Berikutan kisah poligami yang tular di media sosial baru-baru ini, pelakon senior Zarina Zainuddin tampil memberikan sedikit nasihat buat mereka yang baru sahaja bergelar isteri muda serta yang telah hidup bermadu.
Ujar Zarina, seorang wanita yang berkahwin dengan suami orang perlulah menyiapkan diri dengan mental yang kuat kerana perlu berkongsi kasih.
Tambahnya lagi, seseorang wanita yang bergelar isteri kedua atau seterusnya perlu mempunyai perasaan hormat terhadap isteri yang lebih tua dan tidak sesekali bersikap melebih-lebih.
Niat nak jadi isteri berkongsi kasih, mental kena kuat.. lelaki bodoh je yang tak sayang bini pertama..dia hidup susah-susah mula-mula kahwin dengan bini dia, kau datang semua dah ada pastu kau rasa semua kau punya ke?
Hormat hak orang yang pertama tetap yang pertama, sampai bila-bila kau yang nombor 2 dan seterusnya itu. Bawa banyak bersabar, hati orang kau dah koyak rabakkan pastu nak sedap-sedap dengan laki dia.
Jelas pelakon drama Kau Bidadari ini lagi, meskipun ada wanita yang tidak dapat menolak takdir menjadi isteri kepada suami wanita lain, Zarina menasihatkan agar sentiasalah mengelakkan diri daripada mendekati lelaki yang telah menjadi milik orang.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kisah wanita yang hidup bermadu dengan kebenaran isteri pertama namun kehidupan mewah yang diimpikan tidak tercapai dek kerana harta suaminya itu sebenarnya milik sang isteri yang pertama.
Sekadar info tambahan, Zarina Zainuddin telah bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat orang anak.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.